Ramai orang gemar mengumpul barang-barang tertentu sebagai hobi, antaranya figura anime, model keretapi, syiling, setem dan sebagainya. Tetapi di luar sana ada juga yang gemar menjadikan sesuatu yang lain dari yang lain sebagai koleksi, contohnya, bra.
Kami tidak bercakap mengenai wanita yang mengumpul bra, sebaliknya pengumpul bra ini ialah seorang lelaki China. Dia mempunyai minat yang mendalam terhadap pakaian dalam wanita, dan telah mengumpulkan lebih dari 5, 000 bra dalam masa 20 tahun. Dan cara terbaik bagi beliau untuk mempamerkan bra-bra ini ialah dengan melekatkannya pada dinding rumah, siling dan permukaan-permukaan lain yang ada.
Kata lelaki ini, dia mendapat sumbangan bra terpakai dari pelajar universiti berjantina perempuan. Menurut beliau, impiannya ialah untuk membina satu muzium bra.
Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.