(7 GAMBAR)Kisah Arthur, Anjing Jalanan Yang Menyertai Kembara Amazon Race Pasukan Sweden, Temui Keluarga Baru

Trending

(7 GAMBAR)Kisah Arthur, Anjing Jalanan Yang Menyertai Kembara Amazon Race Pasukan Sweden, Temui Keluarga Baru

Penat, disaluti lumpur dan kelaparan, satu pasukan atlet dari Sweden duduk untuk makan sambil membuat persiapan bagi merentas satu kawasan hutan hujan yang berbahaya di Ecuador.

Sambil membuka daging dalam tin, Mikael Lindnord terlihat seekor anjing jalanan merenung kepadanya dengan sekali imbas.

Advertisement

Merasa simpati, dia memberi seketul bebola daging pada anjing itu, namun apabila mereka beredar, anjing jalanan tersebut mula mengekori mereka, dan ia tidak berhenti.

Kumpulan itu sedang memasuki dua tahap terakhir perjalanan untuk Adventure Racing World Championship. Anjing itu menjadikan mereka sahabatnya dan ia diberi nama Arthur.

Setiap cabaran getir yang dilalui oleh pasukan itu, Arthur turut melaluinya. Ia berenang di sebelah kayak pasukan, mendaki bukit dan mengharung lumpur semasa merentas.

Walaupun pasukan itu cuba untuk membuat Arthur berhenti mengekori mereka kerana bimbang akan keselamatannya–ia berkeras untuk mengikut. Cerita Lindnord:

Ia terjun ke dalam sungai dan berenang di sebelah kayak kami untuk mengikut. Saya tidak sampai hati melihatnya, jadi saya angkat dia masuk ke dalam kayak dan pakaikan dia jaket keselamatan. Ada kalanya dia terjun ke dalam sungai semula untuk berenang, kemudian naik kembali.


Ini bermakna, apabila anjing itu letih pasukan itu akan berhenti rehat dan apabila ia tersekat dalam lumpur pasukan itu akan menariknya keluar.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Setelah enam hari, pasukan itu menghabiskan perlumbaan mereka dan anjing itu kesakitan. Jadi mereka memutuskan untuk menghantarnya ke klinik veterinar semasa masih berada di Amerika Selatan untuk pemeriksaan.


Pada masa itu Lindnord berfikir setelah apa yang dilalui mereka tidak harus meninggalkan Arthur begitu saja, jadi dia mengambil keputusan untuk memelihara Arthur dan membawanya pulang ke Sweden dengan sokongan moral dan bantuan dana oleh orang ramai.

Dia membuat permohonan kepada Jordbruksverket (Kementerian Pertanian Sweden) dan terpaksa menunggu seketika di Ecuador untuk keputusan permohonannya. Dia sengaja merahsiakan tentang luka di bahagian belakang Arthur yang sudah berulat kerana tidak mahu ia menyebabkan permohonannya untuk membawa Arthur pulang ditolak. Luka itu memang ada semasa Arthur menyertai mereka. Ia telah dibersihkan dan dijahit oleh doktor veterinar Ecuador jadi Lindnord fikir ia bukan satu masalah.


Selepas beberapa hari, permohonannya diluluskan dan pasukan itu tiba di lapangan terbang dengan Arthur untuk kembali ke rumah keluarga barunya di Sweden.

Pasukan Sweden menghabiskan kembara mereka di tempat ke-12. Namun ia tidak menjadi masalah buat Lindnord dan pasukannya. Katanya:

Saya datang ke Ecuador untuk memenangi Amazon Race, sebaliknya saya menemui seorang sahabat.


Buat masa ini, Arthur sedang dikuarantin di Sweden untuk memastikan ia benar-benar bebas dari sebarang penyakit dan dijangka akan dapat tingggal dengan Lindnord, isterinya Helena dan anak perempuan mereka Philippa dalam masa empat bulan lagi.

Arthur akan tinggal di rumah kami. Ia tidak perlu berada di luar lagi.





Sumber: Peak Performance Adventure Racing Team / Dailymail UK / Telegraph

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...