Kanak-kanak Taiwan ini memilik penyakit genetik yang melanda seorang dalam lima ratus ribu orang. Namanya Kiki, dan dia ialah anak seorang jurugambar berusia 41 tahun bernama Yang.
Bulan pertama kelahiran Kiki, Yang langsung tidak menyentuh anak perempuannya itu. Setiap hari dia berharap dia cuma bermimpi buruk dan akan terjaga. Namun selepas itu, Yang mula menerima realiti.
Anaknya itu menderita penyakit yang dipanggil melanocytic nevi. Ia ialah satu keadaan di mana bayi lahir dengan tanda lahir seperti tahi lalat yang besar. Disebabkan kelenjar peluh yang tersekat, Kiki sering gatal-gatal, berasa panas dan kulitnya mudah luka.
Untuk itu, Yang dan isteri sentiasa memastikan rumah mereka sejuk dengan meletakkan alat pendingin hawa di rumah. Mereka juga sering menyapu krim Vaseline ke kulit anak untuk mengelakkannya dari menjadi terlalu kering dan luka.
Pasangan itu juga merancang untuk membiayai pembedahan bagi memulihkan kulit Kiki. Pembedahan ini akan mengambil masa beberapa kali sehingga Kiki dewasa dan kosnya juga amat tinggi.
Buat masa ini Yang dan isteri mendapat sokongan moral dari keluarga dan kawan-kawan, tetapi dia sering menangis memikirkan tentang nasib Kiki di masa hadapan, penerimaan rakan-rakan Kiki terhadapnya dan juga pandangan orang ramai terhadap keadaan Kiki.
Namun pasangan itu sedar mereka harus tabah dan kuat untuk menghadapi cabaran bagi menyembuhkan Kiki. Ujar bapa itu yang mempunyai seorang lagi anak lelaki:-
Kiki ialah bidadari kecil kami.
Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.