Memang seronok bila kita melihat orang berbahagia. Pernah dilanda kontroversi beberapa tahun lepas, kini pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza tampak bahagia dan kebahagiaan mereka terserlah di akaun Instagram mereka. Semalam. 8 Januari 2014 adalah ulangtahun kelahiran Norman Hakim yang ke-39.
So sweet bila Memey dan rakan-rakan telah mengaturkan satu majlis kejutan sambutan ulangtahun Norman malam tadi.
Ucapan Memey buat Norman:
Selamat hari lahir yg ke 39 wahai cinta hati imam,suami,sahabat,papa & segalanya2 utk ku ?? terima kasih ??Terlalu byk utk disenaraikan tapi cukuplah antara kita yg tau, syukur pd Allah utk peluang & dipanjangkan umur.. Doa sayang tak kan pernah putus utk segala yg terbaik pd love.. I love u so much..terima kasih krna mnjadi seorang yg sgt hebat n sempurna di mata sayang.. Kita ada kekurangan tp kita sentiasa memperbaiki & melengkapi .. Alhamdulillah.. Semoga Allah limpahkan rezeki,kebaikan, kesihatan ,keberkatan buat love.. Terima kasih jg utk semua yg ucap & doa utk suami sy.. Semoga Allah membalasnya.. amin..
Turut hadir di majlis itu ialah tiga orang anak Norman dari perkahwinan terdahulu iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim,10, dan Maria Danisha Hakim, 7 serta anak sulung dengan Memey iaitu Mohamed Darwisz Hakim, 3. Untuk makluman, Memey kini sedang hamil anak kedua mereka. Semoga segalanya selamat buat Memey dan semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Kredit gambar Instagram Norman Hakim dan Memey Suhaiza.
Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.