(7 GAMBAR)Kanak-kanak Tiga Tahun Seberat 70kg Dikhuatiri Mengalami Sindrom Prader-Willi

Trending

(7 GAMBAR)Kanak-kanak Tiga Tahun Seberat 70kg Dikhuatiri Mengalami Sindrom Prader-Willi

Ibu bapa kepada seorang budak lelaki tiga tahun seberat 70 kg berkata mereka sangat terdesak mahukan berat kanak-kanak itu tidak bertambah lagi.

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Misael dilahirkan sihat dengan berat normal 2.9 kg.

Advertisement

Tetapi sejak itu, dia menambah berat sebanyak 2.7 kg setiap bulan sehingga badannya membelon dan mengalami kesukaran berjalan.

Doktor kini mempercayai yang kanak-kanak itu mungkin mengalami sindrom Prader-Willi, satu keadaan genetik yang jarang ditermui. Cirinya ialah sentiasa lapar dan ingin makan.

Kanak-kanak yang mempunyai sindrom tersebut makan hingga enam kali lebih dari kanak-kanak lain yang sama usia, dan mungkin masih tetap rasa lapar.


 photo video-undefined-21C3AFA800000578-846_636x358.jpg

Anak itu juga mengalami masalah kelenjar tiroid kurang aktif, yang boleh menyebabkan berat badan naik–dan kata ibu bapanya rawatan tidak membantu keadaannya.

Kata bapa Misael, Michael:

Sukar untuk bawa dia berjumpa doktor atau keluar rumah.

Bila kami berjalan di luar, orang ramai berhenti, dan mahu bergambar dengan Misael. Mereka kata tidak pernah nampak budak sebesar dia, mahu tahu berapa umurnya, berapa beratnya…

Membawa Misael ke mana-mana menimbulkan masalah kerana kanak-kanak itu kuat meragam sehingga keluarganya terpaksa mengupah teksi peribadi. Kata ibu Misael:

Doktor percaya yang dia mungkin mempunyai sindrom yang menyebabkan berat badannya bertambah. Mereka mahu lakukan beberapa ujian.

Simptom sindrom Prader-Willi (PWS) mungkin termasuk rasa lapar yang berkekalan, dan mungkin menyebabkan peningkatan berat badan secara berbahaya, otot berkurangan dan masalah untuk belajar.

Penghidap juga mungkin mengalami masalah sikap, seperti kuat mengamuk dan degil.

Tiada penawar untuk PWS, jadi rawatan yang wujud hanya untuk menguruskan simptom dan masalah yang timbul dari simptom.

Menjaga kuantiti makanan kanak-kanak sangat penting bagi menguruskan anak PWS. Sindrom itu tidak mengancam nyawa, tetapi kesannya iaitu obesiti boleh mendatangkan penyakit berbahaya seperti kencing manis jenis 2, dan kegagalan jantung.

Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 1411987533717_wps_12_dmvidpics_2014_09_29_at_0.jpg
 photo 1411987501923_wps_9_dmvidpics_2014_09_29_at_0.jpg
 photo 1411987496547_wps_8_dmvidpics_2014_09_29_at_0.jpg
 photo 1411987488162_wps_7_dmvidpics_2014_09_29_at_0.jpg
 photo 1411987510229_wps_10_dmvidpics_2014_09_29_at_0.jpg
 photo 1411987521796_wps_11_dmvidpics_2014_09_29_at_0.jpg

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...