Asyik bersarapan dengan stail yang sama setiap hari, mungkin anda ingin mencuba sesuatu yang baru. Misalnya, Roti Bakar Telur Keju ini. Apa yang menarik, anda tidak perlu menggunakan minyak dalam masakan ini, jadi jumlah kalori dan lemak dapat dikurangkan berbanding sarapan biasa.