7 Pengasas Produk Kecantikan Yang Diminati Ramai. No 7 Paling Berpengaruh !

Trending

7 Pengasas Produk Kecantikan Yang Diminati Ramai. No 7 Paling Berpengaruh !

Saban hari makin ramai yang bergelar pengasas produk kecantikan. Tetapi dalam kerancakan situasi ini, diluar sana ada 7 pengasas produk yang diminati ramai serta mempunyai bilangan pengikut mereka yang tersendiri.

Advertisement

Jom lihat satu persatu bio pengasas-pengasas produk kecantikan ini..

1. Nurul Nabihan – BihanGirly Makeup

Merupakan anak jati negeri Kelantan dan graduan dalam bidang pendidikan.

Nurul Nabihan telah mengusahakan produk kecantikan yang diberi nama BihanGirly Makeup.

Beliau turut aktif dalam melakukan ‘LIVE’ video makeup tutorial di laman facebooknya.Mempunyai bilangan pengikut seramai 92,260 orang.

2. Noor Shafarina Shafiee – Mollys Beauty

Terkenal dengan panggilan manja Cik Molly dan paras rupanya persis anak patung, Noor Shafarina Safiee merupakan anak jati negeri Kedah.

Obses dengan warna pink membuatkan Cik Molly dikenali ramai dan pernah viral dengan koleksi barangan peribadinya yang hampir kesemuanya berwarna pink termasuklah kereta kesayangan beliau.

3. Alha Alfa- Alha Alfa Cosmetics

Merupakan makeup-artist kesayangan ramai.

Pernah viral dengan hasil solekan beliau yang menyerupai Dato’ Shah Rukh Khan.Alha Alfa mempunyai rangkaian produk kosmetik berkualiti tinggi yang diberi nama Alha Alfa Cosmetics.

Beliau juga merupakan makeup artist yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu makeup di facebook beliau.Mempunyai bilangan pengikut 71,257 orang.

4. Nur Amirah – NA Beauty

Siapa sangka gadis kurus tinggi lampai ini sudah mempunyai anak.

Awal 20-an,Nur Amirah sudah mempunyai rangkaian produk kecantikan jenamanya sendiri iaitu NA Beauty.

Sering berkongsi gambar-gambar menarik di Instagram membuatkan ramai gadis-gadis di luar sana mengagumi kecantikan beliau.

5. Syima Eima -Syma Beauty

Merupakan anak kelahiran Kelantan. Wajah putih mulus beliau menjadi idaman ramai gadis di luar sana. Beliau mempunyai produk kecantikan diberi nama Syma Beauty.Mempunyai pengikut seramai 162,277 orang.

6. Shamimi Shamsudin – Belle Vous Resourse (BVRC)

Pernah viral dengan isu ‘tokey balak’ pada bulan lepas.

Biarpun mempunyai rangkaian produk kecantikan yang terbukti berkesan, si gadis manis ini berjaya mencabar diri sendiri dengan menceburkan diri dengan bisnes pembalakan pula. Mempunyai pengikut seramai 38,722 orang.

7. Dato Sri Vida – Vida Beauty

Bukan nama asing lagi. Dato Sri Vida terkenal dengan kelantangan beliau dalam mempromosikan rangkaian produk miliknya. Biarpun sering dilanda kontroversi, beliau tetap mempunyai pengikut sejati seramai 88,000 orang.

Anda tahu siapa lagi founder kecantikan yang berpengaruh? Kongsikan bersama kami di ruangan komen di bawah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...