Written by Bella | October 21st, 2019

Selepas beberapa tahun hidup bersendirian, bergelar seorang ibu tunggal, akhirnya penyanyi dan pelakon Elly Mazlein telah selamat dirisik oleh kekasihnya dalam satu majlis yang berlangsung secara kecil-kecilan pada Sabtu lalu. Hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan diadakan di kediaman pihak perempuan di Cyberjaya.

elly mazlein

Merasa terharu kali pertama merasai pengalaman merisik, Elly berterima kasih kepada bakal suaminya dan keluarga yang menerima dirinya seadanya.

Meskipun acara ini lebih kepada adat, saya dapat rasakan diri ini dihargai kerana belum pernah merasai pengalaman itu.

elly mazlein merisik

Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan dan ia memberi ruang kepada keluarga saya serta bakal suami untuk berkenalan dengan lebih dekat. Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kepada bakal suami dan keluarganya kerana menerima saya seadanya.

Bagaimanapun, buat masa ini Elly masih belum bersedia berkongsi identiti bakal suaminya yang dikenali sebagai Azlan. Apa-apa pun, kami doakan urusan mereka ke jenjang pelamin dipermudahkan. Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah Elly.

Beberapa foto sekitar majlis merisik Elly Mazlein dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sumber Berita : BH ONLINE Kredit Foto : White View Moment Photography

elly mazlein dirisikfoto merisik elly mazleinelly mazleinelly mazlein merisikelly mazlein risik

13 responses to (7 FOTO) Sekitar Majlis Merisik Elly Mazlein, Cantik Berseri Bakal Pengantin

  1. korok says:

    merisik dh cm kawin…hurrrmmmmmm….

  2. unknown says:

    i love her.. all da best hakak

  3. Anonymous says:

    Pompuan biasanya lebih hot bila lepas bergelar janda… steadylah Elly lina pom pom

  4. CPS says:

    Merisik ke bertunang?

  5. prihatin says:

    baru merisik…lum bertunang lg.. majlis dh WOW…

  6. Anonymous says:

    Berilah peluang untuk dia merasai nikmat bahagia. Lama sudah bersendirian, pahit getir yang dilalui dia shj yang tau. Tahniah pompom..

  7. the burglar says:

    dah janda…..merisik apa bendanya..kawin je la terus…haihhh

  8. Akak Peah says:

    Tahniah ye dik lina pom pom..kerlass ler dpt anak teruna..harap hot ler dari azmi hatta tue yer..biar meletopsss gitew..

  9. Anonymous says:

    ngko plak yg sakit hati kenapa? ngko x de org nk eh?

  10. Anonymous says:

    Ah sebuk plak kau. Biarlah dia

  11. mem says:

    dia ni masa bertunang dgn ex laki dia pun meriah gak..siap naik kuda kan…
    semua majlis dia meriah sakan sakan..
    cerai berai dia pun gempak jugak..

    semua memang kena gempak lah…

  12. Anonymous says:

    Alhamdulillah .. moga di permudahkan nanti segala urusan. Ramai plk yang sakit ati tgok komen. Agak anak dara tak laku la ni yang sakit hati tgok single mum lagi hot…
    x baik mcam tu dik.. diri kita ni x tau nnti kot kawin lps tu mnjanda satu hari nnti

  13. Anonymous says:

    x pernah merasa??sblm ni dia kawen dkt siam ke??

Tinggalkan Komen Anda Di Sini