Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(7 FOTO) Azrinaz Mazhar Hakim Akhiri Zaman Janda 1 Mei Lalu, Nikahi Teman Lama

Masih tidak terlambat lagi untuk kami ucapkan tahniah kepada bekas pembaca berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim yang sudah mengakhiri zaman jandanya apabila selamat diijabkabulkan dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu.

Advertisement

Perkara tersebut diumumkan oleh Azrinaz sendiri menerusi akaun Instagramnya.  Azrinaz dan Fairos sudah saling mengenali sejak 20 tahun lalu dan mula benar-benar rapat setahun lalu.

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di kediaman pengantin perempuan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Azrinaz mohon maaf kepada semua pihak kerana tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana mahu sedikit privasi dalam melayari bahtera rumah tangga.

Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua.

Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat handai. Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti.

Advertisement

Terdahulu, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei pada tahun 2005 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10.

Beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan Azrinaz dan pilihan hatinya Fairos dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Azrinaz Mazhar Hakim

Kredit Foto : Azrinaz Mazhar Hakim & NSTP

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 Comments

  1. Anonymous

    May 7, 2018 at 8:09 am

    suka tgk azrinaz ni. dr dulu sampai skrg cantik jer…sesuai dgn usianya. dia ni bkn kategori mix…or jelkitawan. tp mmmg muka di apure ‘melayu’. sgt manis idpandang..tak jemu… moga berbahagia ke akhir hayat jodoh kali ni ye dan dikurniakan anak yang soleh & solehah buat azrinaz.

  2. Anonymous

    May 7, 2018 at 8:01 am

    ank dia sultan jga ke..sedihnya

  3. Alamak

    May 7, 2018 at 1:51 am

    Dgn cameraman tv3 je akhirnya.. Nape ek tak ckp suami keja cameraman? Malu ke? Huhu

    • kona

      May 7, 2018 at 9:02 am

      ko kena tanya nara tu.. kenapa nara tak taip kat atas.. takkan setiap butir perkataan si azrinaz masa hari nikah dia ni nak tulis kat sini.. 7 minggu pun tak habis bongok..

  4. Nini

    May 7, 2018 at 12:25 am

    Padanlh dia ckp yg ni kahwin bkn kerana material..gaknya dulu sb tu lh kot .. tu yg x pnjg jodoh.
    Moga kali ini kekal hingga kejannah..tahniah azrinaz n suami..Amin.

  5. jo

    May 6, 2018 at 11:59 pm

    Elaun 400k sebulan daripada sultan brunei automatic terbatal bila kahwin lain.

    • greenfingers

      May 7, 2018 at 7:37 am

      Ye ke.. terbukti azrinaz bukan mata duitan, kawen org biasa2 je. klu perempuan lain mybe xnk kawen sb kan elaun byk cenggini. xyah keje tu woi klu bulan2 elaun byk ni. goyang kaki je g cuti tiap2 bulan. hehe, mimpi la kita2 ni nk jadi cmtu

    • anon

      May 7, 2018 at 12:17 pm

      kalau tak mata duitan, dari dulu dia tak kawen dgn sultan brunei yg dah tua & ade bini. Fikir2.

    • Anyn

      May 7, 2018 at 7:54 am

      Rugi2… Kawin pn susah nk jd isteri solehah skrg ni… Baik ambik duit bykkan derma je..haihh tu kalo aku la

    • kenyataan

      May 7, 2018 at 4:03 pm

      Jangan memandai nk buat fitnah, spa cakap elaun dia 400k? Tk tau jgn nk kata apa,ok

Loading...
To Top