Written by Bella | May 6th, 2018

Masih tidak terlambat lagi untuk kami ucapkan tahniah kepada bekas pembaca berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim yang sudah mengakhiri zaman jandanya apabila selamat diijabkabulkan dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu.

Perkara tersebut diumumkan oleh Azrinaz sendiri menerusi akaun Instagramnya.  Azrinaz dan Fairos sudah saling mengenali sejak 20 tahun lalu dan mula benar-benar rapat setahun lalu.

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di kediaman pengantin perempuan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Azrinaz mohon maaf kepada semua pihak kerana tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana mahu sedikit privasi dalam melayari bahtera rumah tangga.

Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua.

Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat handai. Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti.

Terdahulu, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei pada tahun 2005 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10.

Beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan Azrinaz dan pilihan hatinya Fairos dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Azrinaz Mazhar Hakim

Kredit Foto : Azrinaz Mazhar Hakim & NSTP

26 responses to (7 FOTO) Azrinaz Mazhar Hakim Akhiri Zaman Janda 1 Mei Lalu, Nikahi Teman Lama

  1. anon says:

    Tahniah ….
    Pelamin tersangat cantik…
    Very outstanding…..
    Moga berbahagia…….

    6

    0
  2. Rozie says:

    Life goes on…

    2

    0
  3. Anonymous says:

    Tahniah semoga berbahagia sehingga anak cucu. Barulah sesuai bakal suami yang ini. Nasib baik tak pilih WD. Tak sesuai. Tu je nak cakap.

    20

    0
  4. Mata says:

    I’m so happy for u

    5

    0
  5. 1 says:

    minnnn… ble nak update.. uqasha kena tangkap polis..dia khayal langar keta org & dlm beg ada eramin 5..

    0

    0
  6. xxx says:

    minnnn… ble nak update.. uqasha kena tangkap polis..dia khayal langar keta org & dlm beg ada eramin 5..

    0

    0
  7. xxx says:

    tahniah

    0

    0
  8. Era says:

    Update lah pasal uqasha eksiden sebab khayal amek dadah ???

    1

    0
  9. Mari pergi undi says:

    Berita azrinaz nikah lg dh basi..Nara dh tertinggal bas..sibuk kempen gaknya..hehehe

    1

    0
  10. Angry woman says:

    So bole la stop panggil die CP (cik puan) i pon x tau why org nk panggil CP dulu padahal die dicerai kn SB.. Bkn balu ke ape.. Apo laaaa

    6

    0
  11. jo says:

    Elaun 400k sebulan daripada sultan brunei automatic terbatal bila kahwin lain.

    11

    1
    • greenfingers says:

      Ye ke.. terbukti azrinaz bukan mata duitan, kawen org biasa2 je. klu perempuan lain mybe xnk kawen sb kan elaun byk cenggini. xyah keje tu woi klu bulan2 elaun byk ni. goyang kaki je g cuti tiap2 bulan. hehe, mimpi la kita2 ni nk jadi cmtu

      6

      4
    • Anyn says:

      Rugi2… Kawin pn susah nk jd isteri solehah skrg ni… Baik ambik duit bykkan derma je..haihh tu kalo aku la

      2

      0
    • kenyataan says:

      Jangan memandai nk buat fitnah, spa cakap elaun dia 400k? Tk tau jgn nk kata apa,ok

      2

      0
  12. Nini says:

    Padanlh dia ckp yg ni kahwin bkn kerana material..gaknya dulu sb tu lh kot .. tu yg x pnjg jodoh.
    Moga kali ini kekal hingga kejannah..tahniah azrinaz n suami..Amin.

    4

    1
  13. Alamak says:

    Dgn cameraman tv3 je akhirnya.. Nape ek tak ckp suami keja cameraman? Malu ke? Huhu

    0

    8
    • kona says:

      ko kena tanya nara tu.. kenapa nara tak taip kat atas.. takkan setiap butir perkataan si azrinaz masa hari nikah dia ni nak tulis kat sini.. 7 minggu pun tak habis bongok..

      3

      1
  14. Anonymous says:

    ank dia sultan jga ke..sedihnya

    1

    0
  15. Anonymous says:

    suka tgk azrinaz ni. dr dulu sampai skrg cantik jer…sesuai dgn usianya. dia ni bkn kategori mix…or jelkitawan. tp mmmg muka di apure ‘melayu’. sgt manis idpandang..tak jemu… moga berbahagia ke akhir hayat jodoh kali ni ye dan dikurniakan anak yang soleh & solehah buat azrinaz.

    4

    1
  16. Anonymous says:

    Dia manusia biasa. Dia pun ada naluri utk dimanja2. Memang ada duit boleh buat dia bahagia tapi bukan jaminan utk dia dpt kepuasan dlm segalanya. Dia kawin dgn Sultan Brunei dulu pun sebab dia memang tak dpt nak menolak kalau Sultan dah nak kat dia. Kalau menolak… alamatnya kena buang daerah satu keturunan. Tak pun… kena simen.

    9

    4
  17. outsider says:

    Yup dua-dua anak Sultan Brunei jaga sebab mereka merupakan waris Sultan. Memang kesian dengan Azrinaz ni sebab rasanya dia tak dapat jumpa atau call bercakap dengan mereka. Gambar-gambar anak yang di upload pun gambar2 lama dan yang diambil oleh photographer Brunei dalam suatu acara. Baca caption dia under gambar nikah dia pun tau :

    “Tidak pernah sesaat sekalipun saya melupakan atau akan melupakan kedua-dua anakanda saya. Malah jika diberi peluang dan kesempatan, tanggungjawab dan kasih sayang sebagai ibu sentiasa sedia dicurahkan”.

    Dari caption memang dah boleh agak dia tidak ada peluang langsung setelah bercerai dengan Sultan Brunei. Tapi anak-anak dia, Wakeel dan Ameerah bertuah sungguh sebab SB punya sayang gila macam dia sendiri yang jaga bukan pengasuh. Dibawa kemana sahaja. Abang dan kakak serta Raja Isteri semua sayang kat mereka.

    11

    0
    • move on says:

      Jangan nk kesian sgt klau tdk tau cerita sebenar…

      1

      1
      • Ichiboom says:

        Apa pun cerita sbnr,dialah ibu yg mengandungkan,melahirkan,walau waris dr keturunan apa sekalipun…syurga dibawah telapak kaki ibu.

        2

        0
  18. ash says:

    Tahniah AMH
    walauapapun yg jadi
    anak2 tu tetap anak dia
    itu fakta

    3

    0
  19. johnny bravo says:

    Janda kaya, ramailah yg nak tumpang kesenangan. Kalau yg perempuan kita panggil gold digger, yg lelaki pun panggilan yg sama lah kot

    3

    0

Leave a Comment

Optional