Masih tidak terlambat lagi untuk kami ucapkan tahniah kepada bekas pembaca berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim yang sudah mengakhiri zaman jandanya apabila selamat diijabkabulkan dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu.
Perkara tersebut diumumkan oleh Azrinaz sendiri menerusi akaun Instagramnya. Azrinaz dan Fairos sudah saling mengenali sejak 20 tahun lalu dan mula benar-benar rapat setahun lalu.
Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di kediaman pengantin perempuan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Azrinaz mohon maaf kepada semua pihak kerana tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana mahu sedikit privasi dalam melayari bahtera rumah tangga.
Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua.
Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat handai. Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti.
Terdahulu, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei pada tahun 2005 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10.
Beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan Azrinaz dan pilihan hatinya Fairos dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Sumber Berita : Azrinaz Mazhar Hakim
Kredit Foto : Azrinaz Mazhar Hakim & NSTP