Ramai benar yang request kat Abang Nara supaya buat entri fesyen/pakaian terbaik yang dipakai oleh selebriti-selebriti wanita sepanjang tahun 2011 ini. Abang Nara faham anda semua agak kesuntukan masa untuk membaca archive yang ada. Jadi untuk senangkan diri anda, Abang Nara pilihkan 7 fesyen terbaik selebriti wanita Malaysia sepanjang tahun ini. Baca jangan tak baca.
1. Fazura – orang cantik kalau pakai apa pun cantik gak. Tak gitu? Fesyen ini adalah semasa FFM24.

2. Neelofa – macam ikan duyung yang cun melecun (FFM24)

3. Siti Saleha – awak nampak biru lah (ABPBH2010)

4. Tiz Zaqyah – lihat pinggangku, ramping kan? (Anugerah Skrin)

5. Nora Danish – comel, comel dan comel ~~

6. Diana Amir – bertudung dan sangat elegan

7. Lisdawati – baju yang memang sangat bergemilauan keemasan gitu

Inilah 7 pilihan fesyen yang Abang Nara anggap terbaik di mata ini. Kemungkinan besar taste korang lain. Setiap orang kan dilahirkan dengan taste berbeza? Kalau tak puas hati, sila hantar email ke [email protected] beserta dengan link atau gambar artis yang anda rasa lebih layak. Terima kasih.
P.S: Fesyen Lisa Surihani masa FFM24 pun cantik gak tapi Abang Nara tengah boikot dia sekarang. Hahaha.
