Minda masyarakat pada hari ini melabelkan kecantikan adalah melalui faktor luaran terutamanya kelangsingan tubuh badan. Atas dasar permintaan yang tinggi untuk produk kurus, pelbagai herba serta sumber semulajadi yang dikomersialkan sehingga ada diantaranya boleh mengancam nyawa dan berisiko tinggi kepada kesihatan.
Antara yang terkenal sebagai salah satu ‘ubat kurus semulajadi’ adalah dengan amalan meminum teh hijau. Tidak dinafikan teh hijau sememangnya memberikan kesan yang bagus kepada kesihatan kerana telah digunakan sejak kurun ke-8 lagi. Teh hijau menjadi sumber yang kaya dengan anti-oksida dan dapat meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berdasarkan kajian daripada Universiti of Maryland Medical Centre, teh hijau memberikan manfaat dalam mengurangkan risiko serangan jantung, mengawal berat badan serta mengawal paras gula dalam darah.
Namun, disebalik manfaat dan khasiatnya, teh hijau juga mempunyai sisi negatif dan risiko yang perlu diambil kira. Perkara sebegini jangan sesekali diambil mudah terutama sekiranya teh hijau diambil dalam kuantiti atau jumlah yang banyak.
1. Kandungan kafein tinggi dalam badan: Tidak pasti sama ada anda tahu atau tidak, minuman teh terutamanya teh hijau mengandungi kafein didalamnya. Kandungan kafein sekitar yang tinggi dalam teh hijau akan diserap ke dalam tubuh badan. Kafein akan menjadikan hormon adrenalin lebih tinggi dan boleh mengakibatkan insomnia iaitu simptom susah tidur pada waktu malam. Malahan ia juga boleh memberi kesan sampingan seperti perut yang tidak selesa dan degupan jantung meningkat terutama bagi mereka yang telah mencecah usia 40-an keatas.
2.Anemia & Gangguan penyerapan zat besi : Berdasarkan satu kajian di Taiwan, teh hijau mengandungi Tannin iaitu sejenis bahan yang diletakkan agar serbuk teh sentiasa kering. Tannin yang digunakan ini hakikatnya menghalang penyerapan zat besi dalam badan kita. Kekurangan zat besi kepada badan boleh merisikokan nyawa kerana ia membuatkan badan kekurangan sel darah merah yang mana sangat diperlukan bagi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan sel darah merah ini juga boleh menyebabkan kita cepat penat, letih, mengantuk serta hilang daya fokus.
3.Pedih Ulu Hati : Teh Hijau adalah bersifat asid. Pengambilan teh hijau yang banyak akan mengakibatkan gas terkumpul dalam badan dan memburukkan keadaan kesihatan sekiranya seseorang itu telah sedia ada mempunyai penyakit seperti gastrik. Ketidak selesaan pada perut dan ulu hati boleh membuatkan seseorang itu hilang selera makan, suhu badan meningkat dan menyebabkan gangguan kesihatan yang lain.
4. Osteoporosis : Sebagaimana dinyatakan di atas, teh tidak sesuai diambil bagi orang tua. Menurut kajian daripada Universiti of Connecticut, pengambilan teh hijau memberi kesan kepada kesihatan tulang seseorang dari segi jisim, berat dan panjangnya. Perkara ini boleh mengakibatkan individu tersebut mudah diserang osteoporosis, sakit tulang terutama kepada kaum wanita.
5. Tiroid : Serangan pada kelenjar tiroid juga boleh meningkat dengan pengambilan teh hijau yang banyak. Kandungan “Catechin” dalam teh hijau membuatkan kelenjar ini semakin aktif dan menghalang sebarang hormon pengawal dari dibebaskan oleh badan. Akibatnya kelenjar mula membengkak, memberi kesakitan dan mengancam nyawa.
6. Masalah Hati : Secara realitinya, kandungan “catechin” di dalam teh hijau membantu badan mengurangkan kolestrol dan merendahkan lemak. Inilah yang menjadi punca bagaimana teh hijau diangkat sebagai ubat kurus semulajadi. Namun pada tahun 2014, berdasarkan kepada kajian sekumpulan pelajar perubatan di New York mendapati “catechin” boleh mengakibatkan keracunan pada hati. Masalah ini mengakibatkan muntah-muntah, badan terhidrasi, pening kepala juga boleh membawa maut.
7. Menggangu Kesuburan : Sekiranya anda dalam perancangan mendapatkan zuriat, anda perlu berhentikan pengambilan teh hijau. Daripada penyelidikan, pertumbuhan embrio berisiko tinggi untuk terganggu dengan pengambilan teh hijau secara berlebihan. Malahan, kajian menunjukkan dengan meminum teh hijau, paras hormon testosterone untuk lelaki menurun dan membuatkan dirinya “tiada mood” untuk melakukan hubungan kelamin.
Secara kesimpulannya, untuk menjadi cantik dan mendapatkan berat badan ideal itu adalah sesuatu yang sangat bagus kepada kesihatan keseluruhan kita. Namun apa yang perlu diingat adalah bahan-bahan bersifat detoks dan ubat kurus semulajadi ini perlu lah diketahui khasiatnya secara terperinci dan bagaimana untuk menyeimbangkan keperluan tubuh badan kita.
Paling penting, pilihlah bahan-bahan semulajadi yang tidak memudaratkan kesihatan dan tidak mengancam nyawa. Dapatkan nasihat daripada doktor bagi mengetahui keberkesanan serta kesan sampingan sesuatu bahan agar kita tidak menyesal di kemudian hari.