7 Cara Bagaimana Harungi Zaman Ekonomi Yang Sedang Merudum

Trending

7 Cara Bagaimana Harungi Zaman Ekonomi Yang Sedang Merudum

Duk melepak di kedai kopi sambil merungut mengenai keadaan ekonomi semasa ke tu? Sudah-sudah la tu. Masalah tak akan selesai jika kau duk merungut je.

Advertisement

Semakin hari, kau merasakan hidup semakin perit.

Semua harga barang naik. Sikit-sikit duit. Semuanya perlukan duit.

Apa kata kau cuba belajar mengubah gaya hidup.

Cara pemikiran kau kena berubah seiringan dengan cabaran ekonomi semasa. Pehh. Ayat aku mengalahkan menteri kewangan.

Okay lah, antara cara yang kau boleh buat ialah;

1. Simpan Sebelum Berbelanja

Dapat gaji terus simpan 10% daripada gaji.

Kira ni sebagai reward kepada diri sendiri la. Kalau tak simpan banyak pun, simpan sedikit pun okey. Simpan 50 ringgit sebulan jadilah asalkan jangan tak simpan langsung.

2. Buat Bajet Dan Ikut

Korang jangan nak bajet kacak dan cantik je.

Bajet perbelanjaan kena buat juga. Dah ada bajet perbelanjaan kena lah ikut. Jangan buat hiasan je. Barulah kau tahu ke mana duit gaji kau telah pergi.

3. Hobi Mahal

Ini masalah terbesar anak muda. Selalu nak nampak bergaya dan up-to-date.

Pergi travel sana sini, lepak kedai kopi mahal, kedai hipster semua tu. Ambil gambar letak dekat Insta. Senyum keriangan. Tapi dekat dinding Fesbuk merungut harga barang semakin mahal.

Kalau tiap bulan asyik pinjam duit kawan je, tak perlu nak ada hobi mahal sangat lah.

4. Mulakan Melabur

Jika disimpan dekat bank, dividen tahunan hanya 3% macam tu.

Baik melabur. Korang boleh mulakan dengan simpan di Tabung Haji, melabur di unit amanah, ASB Financing ataupun membeli emas.

5. Hidup Di Bawah Kemampuan

Ukur baju di badan sendiri.

Ini tidak, orang nak buat kenduri 10 khemah kau nak buat 15 khemah. Orang beli kereta besar, kau nak beli kereta kebal, orang nak bercuti dalam negara kau nak bercuti di luar negara.

Kau ni pehal? Pesen tak nak kalah. Lepas tu mula lah nak buat pembiayaan peribadi. Gali lubang tutup lubang.

6. Tempoh Bertenang

Jika korang nak beli sesuatu yang mahal, fikir-fikirkan dulu.

Adakah ia penting untuk dibeli terus? Korang rileks je dulu.

Bawa berbincang dengan keluarga dulu. Kalau boleh janganlah berhutang sampai nak beli sesuatu. Beli sofa misalnya. Harga asal RM4500 tapi kalau bayar ansuran mungkin harga jadi RM5500. Simple.

7. Keperluan vs Kehendak

Hidup mesti tahu bezakan antara kehendak dan keperluan.

Jangan ikut hati sangat. Makan itu satu keperluan tetapi kalau makan kat kedai hipster je setiap minggu, tu dah jadi satu kehendak. Sekali sekala takpe la. Ini tiap-tiap minggu, payah jugak.

Tak salah kalau kau nak beli itu ini kalau kau mampu dan tak merungut dengan keadaan ekonomi semasa.

Kalau hidup semakin menyempit disebabkan kenaikan harga barangan, kau kena berusaha mengubah ekonomi sendiri. Dengan hanya merungut, mengata sesuatu pihak tidak akan mengubah sesuatu keadaan.

Takde sesiapa yang boleh ubah tahap kewangan hidup kau melainkan diri kau sendiri.

Jadi, apa tunggu lagi?

Takkan masih nak berada di tahap yang lama. Ayuh mulakan langkah dengan segera. Biar lambat bermula daripada tidak melakukan sebarang tindakan.

Sumber : Amir Syahir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...