Melalui senarai yang dikongsikan oleh QS World University Rankings, terdapat tujuh buat universiti Malaysia telah tersenarai dalam sepuluh tangga teratas di seluruh Asia Tenggara untuk tahun 2025.
Dalam senarai tersebut, merangkumi universiti dari negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina yang mencerminkan kepentingan dalam pendidikan tinggi.
Terdapat beberapa faktor utama yang membuatkan universiti-universiti tersebut tersenarai dalam senarai itu dan antaranya adalah reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar-fakulti, nisbah pelajar antarabangsa serta faktor-faktor lain.
Tujuh buah universiti Malaysia yang tersenarai dalam sepuluh tangga teratas adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Univesiti Teknologi Malaysia (UTM), Taylor’s University, Universiti Sains Malaysia (USM) dan UCSI University.
Sekadar info, QS World University Rankings merupakan sistem penarafan universiti global yang diterbitkan setiap tahun oleh sebuah syarikat pendidikan tinggi yang berpangkatan di United Kingdom iaitu Quacquarelli Symonds (QS).