Walaupun zaman semakin maju dalam era teknologi yang serba canggih ini, maklumat diri kita tidak semuanya dapat dilindungi dengan baik oleh teknologi yang kita semua gunakan. Malahan, ia dapat membahayakan keselamatan kita dan juga semua ahli keluarga.
Baru-baru ini, kita semua tahu bahawa aplikasi FaceApp telah mencuri data dan boleh menggunakan gambar kita atas kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Cuba anda bayangkan, jika aplikasi di dalam telefon anda sekarang, sering kali mengintip kehidupan anda dan semua ahli keluarga tanpa diketahui selama ini?
Pasti menakutkan untuk kita semua?
Terkini, Polis Diraja Malaysia(PDRM) menyeru kepada semua warganet untuk membuang 7 aplikasi yang boleh membahayakan keselamatan anda.
Ini antara aplikasi-aplikasi yang perlu dibuang:
- Track Employees Check Work
- Phone Online Spy Free Spy Kids Tracker
- Phone Cell Tracker
- Mobile Trackin
- Spy Tracker
- Employee Work Spy
Mengapa aplikasi ini perlu dibuang segera?
Ini kerana, aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.
Kesemua aplikasi berkenaan telahpun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.
Para pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat turun di peranti pintar masing-masing dan nyahpasangkan (uninstall) segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan.
Pengguna juga diminta agar tidak memuat turun sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.
Hati-hati semua, pada zaman sekarang ini macam-macam kejadian tidak diingini boleh terjadi kepada kita dan ahli keluarga apabila menggunakan aplikasi yang dipercayai dapat menjejak mereka. Dunia makin maju dan kita pun mudah terdedah dengan ancaman siber.
Sumber: Facebook, avast blog