7 Aktiviti Best Yang Anda Boleh Lakukan Bersama Keluarga Hujung Minggu Ini.

Hiburan

7 Aktiviti Best Yang Anda Boleh Lakukan Bersama Keluarga Hujung Minggu Ini.

Hujung minggu adalah waktu untuk Abang Nara melakukan aktiviti bersama keluarga tercinta. Pening juga kepala nak merancang aktiviti best yang boleh dibuat bersama-sama isteri dan anak-anak.

Nasib baiklah hujung minggu ini (10 November) akan berlangsung Fiesta Raja Futsal dengan pelbagai aktiviti menarik turut disediakan. Confirm Abang Nara akan angkut satu family pergi ke sini.

Advertisement

Raja-Futsal-PPL

Bertempat di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic (bermula jam 9 pagi sehingga 7 malam), mereka yang RSVP untuk hadir ke Fiesta Raja Futsal, Fiesta Futsal Terbesar Malaysia ini turut sama berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM30,000. 2,000 orang yang terawal RSVP akan dimasukkan ke dalam “cabutan bertuah” untuk hadiah-hadiah seperti Garmin Fenix, DJI Spark Drone, Sony PS4, VIVO X21 Smartphone.

Sambil bersantai bersama keluarga, sambil boleh bawak pulang hadiah best-best. Memang menarik!!! Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan RSVP sekarang di sini.

Lucky-Draw-Prizes

Ok Ok jom kita tengok apakah aktiviti-aktiviti best yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga sepanjang Fiesta Raja Futsalhttp://bit.ly/2Dm6yVL ini berlangsung:-

1. Bazar fesyen & gaya hidup oleh Propagandafest, LOKA.malaysia dan MyDigi Rewards

3

Kalau isteri anda kata taknak pergi Fiesta Raja Futsal ini sebab tak ada benda best untuknya, terus je bagitau ada maca-macam baju yang dijual di bazar anjuran Propagandafest, LOKA.Malaysia dan MyDigi Rewards, confirm dia akan terus bersemangat nak pergi punya. Anda sebagai seorang suami haruslah menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan duit yang secukupnya. Heheheh.

2. Klinik bola sepak bersama Safee Sali, Normala Yusoff, and Siti Suhaila

5

Inilah masa terbaik untuk anda belajar teknik bermain bola yang tertinggi daripada mereka yang bergelar pemain profesional. Bukan senang nak dapat tips-tips daripada bintang-bintang ini. Jangan lupa untuk dapatkan autograph diorang jugak.

3. Main FIFA19 di PS4

fifa-19-ronaldo-neymar-e4vrh56c4op71vn6mlvx1lzsr

Kalau anda seorang kaki main FIFA19 di PS4, inilah masanya untuk menguji kehebatan anda bersama pengunjung-pengunjung lain Fiesta Raja Futsal ini. Mana tau ada awek yang terjatuh cinta dengan kehebatan anda. Heheh.

4. Makan sepuas-puasnya

7

gambar sekadar hiasan

Bab makanan jangan risau kerana ada banyak food truck yang disediakan oleh PropagandaFest sepanjang aktiviti ini berlangsung. Semuanya confirm sedap-sedap belaka. Pilihan makanan pun banyak. Kalau lapar boleh terus pergi makan tanpa perlu berjalan jauh.

5. Berjumpa dengan Steffi dan Intan Serah

Dah sampai di Fiesta Raja Futsal, jangan lupa singgah Digi Booth untuk beramah mesra dengan bintang futsal wanita Intanserah dan Steffi Sarge Kaur! Masa ni lah anda boleh berselfie dan dapatkan autograf dari mereka.

6.  Bouncy castle & giant bubble untuk kanak-kanak

p7-7

Ha ini memang anak-anak Abang Nara akan super excited punyalah. Boleh biarkan diorang melompat sepanjang hari di bouncy castle ataupun mengejar buih-buih gergasi yang disediakan di fiesta ini. Balik malam confirm penat dan tidur awal. Seronoknya!!!

7. Berhibur bersama artis-artis tempatan

Jangan terlepas untuk menyaksikan persembahan live oleh selebriti-selebriti tempatan kita seperti Aizat Amdan, Caprice, Rahim Sepahtu, Genji Buskers dan ramai lagi di Fiesta Futsal Terbesar Malaysia ni. Memang syok!

Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti best yang disediakan di Fiesta Raja Futsal ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah layari https://www.rajafutsalmy.com/. Diingatkan sekali lagi supaya anda RSVP di sini bagi membolehkan nama anda dimasukkan ke dalam cabutan bertuah. Jangan lupa untuk bawa anak-anak dan isteri anda ke sini pada hujung minggu kelak.

Jumpa anda di sana!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...