69 Peratus Pesakit COVID-19 Di India Tidak Mengalami Simptom

COVID-19

69 Peratus Pesakit COVID-19 Di India Tidak Mengalami Simptom

Umum mempercayai bahawa pesakit yang telah dijangkiti  COVID-19 akan menunjukkan simptom serta gejala yang tertentu seperti demam, selsema, batuk dan sakit tekak.

Namun, bukan semua individu yang djangkiti akan menujukkan simptom dan gejala berkenaan.

Advertisement

Jadi penyelesaian yang paling tepat untuk mengetahuinya adalah dengan menjalani ujian saringan.

adira backup andika putera geng old money
10 hours ago

"Kita Pakai Sebab Kita Suka, Bukan Nak 'Impress' Orang" - Adira Tampil Pertahankan Andika Isu 'Old Money'

Baru-baru ini India telah mengesahkan bahawa sebanyak 69 peratus pesakit yang positif COVID-19 di negaranya langsung tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom.

Gambar hiasan

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Ketua Bahagian Penyakit Epidemiologi Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) iaitu Dr RR Gangakhedhar.

Perkara ini sangat membimbangkan kita kerana pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 ini berupaya menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mereka sedar.

Selain itu, perkara ini sekali gus menyukarkan banyak pihak terutama sekali petugas pasukan hadapan dalam usaha memutuskan rangkaian penyebaran virus ini.

Mereka yang positif kemungkinan lebih ramai.

Gambar hiasan

Dr RR Gangakhedhar juga berpendapat bahawa berkemungkinan mereka yang positif virus itu adalah jauh lebih tinggi daripada yang dikesan setakat ini memandangkan individu yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang simptom.

Tambahan lagi sebanyak 1 daripada 2 kes positif yang dilaporkan, dikenalpasti daripada mangsa yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal.

Oleh itu orang ramai dinasihatkan untuk mendengar arahan kerajaan untuk tetap berada di rumah, kerana itu adalah satu-satunya cara untuk memutuskan rantaian jangkitan virus tersebut.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...