688,766 Warga Asing Diberi Kerakyatan, 10,828 Warga Malaysia Dilucutkan Kerakyatan

Trending

688,766 Warga Asing Diberi Kerakyatan, 10,828 Warga Malaysia Dilucutkan Kerakyatan

NSTP

Kerajaan menganugerahkan sijil kewarganegaraan kepada 688,766 warga asing sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga 31 Januari lalu.

Advertisement

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata daripada jumlah itu, tiga warga negara asal paling ramai diberi kerakyatan ialah China iaitu 69,904 orang; diikuti Indonesia (38,024) dan India (19,301). lapor BH.

Beliau berkata, warga Malaysia yang dilucut kerakyatan bagi tempoh sama ialah 10,828 orang. Ahmad Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan warga asing diberi kerakyatan mengikut negara asal sejak negara merdeka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...