“650,000 Pengikut Pun Patut Disiasat” – Akaun TikTok ‘Abang Bas’ Buat Kandungan P*dofilia Lesap!

Kehidupan

“650,000 Pengikut Pun Patut Disiasat” – Akaun TikTok ‘Abang Bas’ Buat Kandungan P*dofilia Lesap!

Akaun TikTok milik seorang pemandu bas yang menjadi tular kerana memuat naik kandungan berunsur pedofil dan ‘grooming’ kanak-kanak sekolah dilaporkan lesap.

Ia berikutan laporan yang dilakukan terhadap pemilik akaun yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ itu telah  kepada pihak berkuasa dan difahamkan juga lelaki itu telah ditahan polis untuk siasatan.

Advertisement

Akaun tiktok abang bas lesap

Akaun media sosial yang memiliki 650,000 pengikut itu telah disekat oleh pengendali aplikasi TikTok hari ini.

Nama ‘Abang Bas’ mula meniti di bibir netizen setelah orang ramai meluahkan rasa kebimbangan melihatkan kandungan yang dimuat naik seolah-olah melacurkan kanak-kanak sekolah dan pedofilia.

Perbuatan individu itu yang baru sahaja berusia awal 20-an mendapat kecaman teruk malah turut mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy dalam satu kenyataan telah menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya dan lelaki itu telah ditahan polis sekitar jam 2.45 pagi tadi di Simpang Renggam, Johor Bahru.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abang bas buat konten pedofilia
4 months ago

Belai Muka, Usap Bibir & Cium Pipi! Pemandu Bas Guna Budak Sekolah Untuk ‘Content’ Cetus Kemarahan Netizen

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...