65,000 Penduduk Berpusu-Pusu Keluar Dari Wuhan Untuk Meraikan Bebas Daripada Perintah Berkurung

Trending

65,000 Penduduk Berpusu-Pusu Keluar Dari Wuhan Untuk Meraikan Bebas Daripada Perintah Berkurung

Selepas 76 hari melalui perintah berkurung, Wuhan pada hari ini telah membenarkan penduduknya untuk keluar daripada bandar itu selepas bebas daripada penularan wabak COVID-19. Wuhan merupakan lokasi asal wabak tersebut dipercayai tercetus sebelum ianya merebak kepada hampir di seluruh dunia.

Pada 23 Januari yang lalu, China mengambil langkah drastik dengan menutup sepenuhnya Wuhan yang mempunyai jumlah penduduk kira-kira 11 juta orang. Namun hari ini, bandar itu kembali dibuka dan larangan keluar daripada Wuhan juga telah dihapuskan walaupun terdapat kebimbangan gelombang kedua.

Advertisement

Tidak sampai beberapa jam Wuhan dibuka semula, seramai 65,000 penduduk dilihat meninggalkan bandar itu menaiki kereta api dan kapal terbang. Kereta api yang pertama kembali berlepas pada jam 12.05 pagi begitu juga dengan lebuh raya yang dibuka pada waktu yang sama.

wuhan china

Kereta api pertama berlepas dari Wuhan

Jalan raya, jambatan, lorong semuanya kembali dibuka membolehkan ribuan penduduk meninggalkan bandar itu menaiki kereta dan bas. Semua yang ingin meninggalkan Wuhan perlu menunjukkan pengesahan status kesihatan mereka dan tidak mempunyai sebarang kontak dengan mereka yang dijangkiti.

Mengikut data yang dikongsikan, kira-kira 80 peratus jumlah kematian rasmi di China atau kira-kira 2,571, direkodkan di Wuhan. Pada kemuncak jangkitan, Wuhan dilihat kosong sepi tanpa penduduk dan diibaratkan seperti ‘bandar berhantu’ apabila semua penduduk berkurung di rumah masing-masing.

wuhan china

Tetapi sekatan sedemikian telah merosot sejak kebelakangan ini kerana kes jangkitan baru sudah pun menurun. Namun pihak berkuasa masih lagi mengambil langkah berjaga-jaga walaupun telah memberikan kebebasan kepada rakyat Wuhan buat masa ini.

Apa yang perlu dibimbangkan kini ialah gelombang kedua yang mungkin boleh berlaku memandangkan China kini sudah menerima 137 kes baru semalam yang melibatkan ‘silent carrier’ virus tersebut. Golongan ini adalah lebih bahaya kerana tiada simptom yang ditunjukkan berbeza dengan pesakit biasa.

wuhan china

Walaupun larangan keluar daripada Wuhan sudah dihapuskan, mereka yang ingin keluar masih lagi perlu mengikuti syara-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa. Mereka perlu memberikan laporan kesihatan yang sah sebelum dibenarkan keluar. Namun persoalannya, bagaimana dengan ‘silent carrier’ yang semakin meningkat di China?

Setakat hari ini, China telah menerima 62 kes terbaru di mana 59 daripadanya adalah kes import dari luar negara. Seramai 1,095 disahkan positif tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom telah diasingkan dan dipantau rapi oleh petugas perubatan. Hari pertama ‘pembebasan’ ini juga menyaksikan ribuan penduduk berkumpul di Gunung Huangshang.

Tempat pelancongan itu menerima kunjungan yang luar biasa sebaik sahaja Wuhan mengumumkan sudah bebas daripada wabak COVID-19 dan para penduduk dibenarkan keluar dari wilayah itu. Faktor penjualan tiket murah juga menjadi punca kesesakan luar biasa timbul di tempat tarikan pelancong itu.

Artikel berkaitan: Gunung Huangshang Diserbu 20 Ribu Orang Rakyat China Selepas Bebas COVID-19

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...