Pelakon Memori Cinta Suraya, Anzalna Nasir telah melangsungkan pernikahan pagi Ahad lalu dengan Hanif Zaki. Apa yang menarik, pakaian pernikahan Anzalna ialah rekaan pereka terkenal Rizalman dengan imej haute couture. Rizalman juga telah menggayakan rambut Anzalna untuk majlis itu.
Dekorasi majlis pernikahan Anzalna yang diadakam di ballroom Hotel Seri Pacific ini dibuat oleh Glam Weddings, manakala Anzalna disolek oleh Khir Khalid. Majlis pernikahan Anzalna mendapat liputan lintas langsung di program Nasi Lemak Kopi O TV9. Gambar-gambar elegan ini ialah hasil bidikan Mangotouch. Sila follow mereka di Instagram dan like mereka di Facebook.