62 Kes Terbaru. Kluster Terbaru Di Pusat Perubatan Kedah Dikesan.

COVID-19

62 Kes Terbaru. Kluster Terbaru Di Pusat Perubatan Kedah Dikesan.

KKM telah memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenal pasti di sebuah pusat perubatan di Kedah. Kes indeks (Kes ke-9455) kluster ini merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut.

Pada hari ini, satu lagi kluster baru telah dikenalpasti iaitu Kluster Sungai di negeri Kedah.

Menurut KKM lagi, individu tersebut bergejala sejak 30 Ogos 2020 tetapi tidak mendapatkan rawatan. Setelah mendapat rawatan pada 5 September 2020, beliau didapati positif.

Advertisement

Tambah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah lagi, kes kedua kluster tersebut, (kes-9456) merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan yang terletak di Kedah. Selain itu beliau juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks yang menunjukkan gejala sejak 5 September 2020.

Pada hari ini, sebanyak 62 kes terbaru dilaporkan yang melibatkan 56 kes tempatan dan juga 6 kes import. 50 kes melibatkan Kluster Benteng di Sabah. Tiada kematian dilaporkan

Sumber : KKM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...