61% Rakyat Malaysia Tidak Percaya Berita Media, Majoriti Guna Sosial Media Sebagai Sumber Utama

Trending

61% Rakyat Malaysia Tidak Percaya Berita Media, Majoriti Guna Sosial Media Sebagai Sumber Utama

Sejumlah besar rakyat Malaysia percaya organisasi berita tidak bebas daripada pengaruh politik atau perniagaan dan komersial, dengan kurang satu pertiga berkata mereka percaya berita yang disiarkan, menurut kaji selidik online dijalankan pusat wartawan di UK.

Advertisement

Rakyat Malaysia dilaporkan telah mencatat kadar penolakan tertinggi berbanding rakyat di 9 negara lain yang dikaji Institut Pengajian Kewartawanan Reuters berpangkalan di UK.

Kira-kira dua pertiga rakyat Malaysia atau 61% daripada mereka yang menjadi responden percaya berita disiarkan menjadi subjek kepada “pengaruh kerajaan atau politik tidak wajar” hampir sepanjang masa.

Kurang satu pertiga (29%) yakin mereka boleh mempercayai berita yang dibaca manakala 41% lagi memilih untuk tidak setuju atau setuju sementara 29% tidak percaya kepada berita.

Jumlah rakyat Malaysia yang percaya wujudnya pengaruh politik tidak wajar dua kali ganda berbanding rakyat Singapura (33%), sementara jumlah besar dilaporkan dalam kalangan rakyat Korea Selatan (56%) dan Taiwan (41%). Lebih separuh (51%) rakyat Malaysia percaya media juga tertakluk kepada pengaruh perniagaan atau komersial.

Hanya 11% bersetuju yang media bebas daripada pengaruh politik dan 13% mengenai pengaruh perniagaan, jumlah terendah daripada semua 9 negara.

Sejumlah kecil memilih untuk neutral – 28% sama ada bersetuju atau tidak bersetuju mengenai pengaruh politik, dan 36% mengenai pengaruh perniagaan.

Sebaliknya, hanya 33% rakyat Singapura tidak setuju yang media bebas daripada pengaruh politik dan 25% setuju, sementara kebanyakannya – 41% enggan menyatakan pendapat, sama ada setuju atau tidak.

Hampir serupa, hanya 28% rakyat Singapura setuju wujudnya pengaruh perniagaan dalam media, dan hanya 25% tidak setuju, dengan hampir separuh daripada responden memilih sama ada setuju atau tidak.

Jumlah pungutan suara itu didedahkan awal minggu ini oleh Institut Laporan Berita Digital Reuters. Ia mengandungi analisis mengenai berita digital dan penggunaan media di Hong Kong, Malaysia, Singapura, Taiwan, Jepun, Australia, Korea Selatan, Britain dan Amerika Syarikat.

Kajian itu menunjukkan pengguna Internet rakyat Malaysia bergantung pada media sosial sebagai sumber utama berita mereka, lebih daripada televisyen, radio atau akhbar.

“Malaysia menonjol sebagai negara di mana media sosial bukan saja digunakan secara meluas untuk berita, tetapi sebagai paling kerap menjadi sumber utama berita.

“Di Singapura, media sosial terikat dengan televisyen dan akhbar dengan sejumlah orang menamakan ia sebagai sumber utama berita mereka,” katanya.

Bagaimanapun, rakyat Singapura lebih kerap bergantung pada akhbar, dan laporan itu menamakan akhbar Straits Times dan Today di Singapore, serta Sin Chew dan The Sun di Malaysia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...