August 14th, 2018

Yeahhhh~~ Sekiranya anda sudah lama tidak membawa anak-anak menonton wayang, inilah masa yang terbaik untuk meluangkan masa bersama mereka. Abang Nara mempunyai 60 pasang tiket filem “Cinderella and The Secret Prince” untuk diberikan kepada anda, terima kasih kepada TGV Pictures.

cinder

Filem animasi terbitan Gold Valley Films ini bakal ditayangkan di Malaysia pada 16 Ogos 2018. Ia mengisahkan Cinderella dan kawannya (seekor tikus) yang mengetahui kebenaran bahawa putera raja yang hadir ketika “Royal Ball” adalah seorang putera palsu. Seorang ahli sihir jahat telah menyumpah putera raja sebenar dan menukarnya menjadi seorang tikus. Mengetahui hakikat ini, Cinderella dan rakan-rakan haiwannya telah memulakan pengembaraan untuk menyelamatkan putera raja sebenar itu.

Adakah Cinderella akan berjaya? Apakah cabaran yang bakal mereka tempuhi? Jeng, jeng, jeng.

Untuk mengetahui kesudahan pengembaraan Cinderella dan rakan-rakannya ini, anda kenalah sertai pertandingan mudah di bawah. Sila maklumkan juga jumlah tiket yang anda perlukan termasuk dengna anak-anak yang ingin dibawa pada hari tayangan.

Hanya perlu lengkapkan slogan “Cinderella adalah puteri kegemaran saya kerana…”.

Berikut adalah maklumat tentang tarikh tayangan eklusif “Cinderella and The Secret Prince” sekiranya anda berjaya memenangi tiket-tiket yang ditawarkan.

TARIKH: 18 Ogos 2018 (Sabtu)
MASA: 10.30 pagi
TEMPAT: TGV Cinemas 1 Utama

Selamat mencuba !


5 responses to “60 Pasang Filem “Cinderella and The Secret Prince” Untuk Dimenangi”

  1. zaz says:

    Dah submit….dah ada org y mng ke

  2. Zara says:

    Dah submit,agak2 bila blh tahu bila tiket akan diberi sekiranya terpilih?

  3. AinaFini says:

    Cinderella tertinggal kasut tetapi saya tertinggal hati. Harap saya dapat menang 2 tickets ?

  4. Anonymous says:

    Abg Nara saya dah summit harap ada peluang untuk saya menang ya..tq…

  5. Nur says:

    Dah submit abang nara. Harap-harap ada rezeki untuk saya dan anak2 tengok filem cinderella ni. Nak menang 4 tiket ?

Loading...