6 Trick Ini Permudahkan Urusan Harian Korang Selamanya

Branded

6 Trick Ini Permudahkan Urusan Harian Korang Selamanya

10 tahun lepas, banyak urusan perlu diuruskan dengan keluar rumah, beratur di kaunter dan sebagainya. Mesti stres, semuanya ambil masa. Contohnya beratur lama hanya untuk pindahkan atau keluarkan wang. 

Dengan kecanggihan teknologi, semua itu hanya masa lalu. Ini 6 ciri online banking yang mungkin tak ramai tahu, tapi korang kena cuba. Serius ringkas dan menyenangkan urusan.

Tanpa tunai pun boleh beli, tak perlu cari mesin ATM

QR pay code

Susahnya apabila perlu sentiasa ke ATM untuk untuk shopping. Kena simpan wang tunai tebal-tebal lagi. Kini tidak lagi, segalanya mudah dengan HLB Connect App yang mempunyai pembayaran QR. Tak perlu juga renyah dengan baki wang syiling yang memberatkan dompet. Imbas sahaja, secara automatik pembayaran selesai.

Sekarang dengan DuitNow, korang boleh guna HLB Connect App untuk membuat pembayaran. Kalau nak tahu, DuitNow QR adalah kod QR berwarna merah jambu yang biasanya disediakan di kaunter pembayaran. Senang je nak cam. Lebih mudah untuk berbelanja tanpa tunai. Berita gembira untuk pengguna HLB Connect App kerana ada pulangan tunai RM1 juta untuk waktu promo. Sebelum tu, kenalah daftar dulu DI SINI.

Dompet tertinggal? Tak ada masalah

Cashless withdrawal

Hari yang malang boleh berlaku bila-bila masa. Lebih-lebih lagi apabila terlewat bangun tidur, tergesa ke tempat kerja sampai beg duit pun tertinggal, takkan nak patah balik? Kenapa kena hadap kesesakan lalu lintas kalau ada fungsi pengeluaran tanpa kad Hong Leong Bank?

Cuma perlu menggunakan HLB Connect App sahaja. Lebih mudah dan menjimatkan masa untuk waktu tidak terduga.

Bayar pelbagai bil dengan mudah 

Hari gaji, bayaran bil mestilah kena buat kan? Bayar bil bulanan satu-persatu kini tinggal sejarah. HLB Connect App boleh mudahkan urusan korang dengan pembayaran bil berbilang.

5 bil boleh dilunaskan sekaligus tanpa perlu mengulang proses sama. Kesibukan sehari-hari menjadikan ciri sebegini sebagai kelebihan berbanding app perbankan lain.

Penghantaran wang online, penerima luar negara terima tunai

Adalah kebiasaan untuk mempunyai pembantu rumah atau menggaji pekerja asing. Perbezaan negara berkemungkinan membataskan urusan perbankan mereka. Contohnya jika pembantu rumah warga asing meminta tolong untuk menghantar wang ke negara asalnya. Tak perlu risau walaupun penerima tiada akaun, semuanya boleh dengan HLB Connect Online. Hanya dengan beberapa klik, wang dapat dihantar selamat ke luar negara.

Pemindahan wang ke luar negara ada pilihan penghantaran wang secara online dan penerima untuk negara terpilih boleh mendapatkan wang tunai dalam beberapa minit sahaja.

Kegunaan waktu kecemasan

Swipe credit card

Malang tidak berbau. Banyak perkara luar jangka boleh berlaku. Keperluan kesihatan secara tiba-tiba memakan dana yang bukan sedikit untuk didapatkan dengan waktu terhad. Tenang sahaja, capai smartphone dan buka HLB Connect App untuk mendapatkan penambahan had kad kredit sementara dengan segera. Voila, semudah itu had dinaikkan. 

Nak sahkan transaksi kad dengan serta-merta?

Kadang-kadang kecuaian manusia boleh menyebabkan kerugian seperti terlebih caj pembayaran. Memahami kehendak pengguna, HLB Connect App membolehkan pengguna memeriksa sejarah transaksi kad secara real-time bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin. Risiko double-charge juga dapat dikurangkan. Lebih selamat dan dipercayai.

Untuk menikmati segala ciri perbankan online yang memudahkan urusan ini, muat turun HLB Connect App di App Store, Google Play, Huawei App Gallery atau lawati laman web HLB sekarang! Bermacam-macam lagi kemudahan perbankan yang memudahkan disediakan patut dicuba hari ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...