6 Cara Bisnes Di Instagram Ramai Usahawan Pandang Remeh, No.6 Paling Susah Nak Buat

Trending

6 Cara Bisnes Di Instagram Ramai Usahawan Pandang Remeh, No.6 Paling Susah Nak Buat

Bisnes online pada hari ni menjadi sumber pendapatan ‘utama’ kebanyakan para netizen. Bukan bermaksud untuk tamak, tetapi dengan sumber pendapatan bisnes online setidaknya boleh dijadikan sebagai ‘back-up’ plan sekiranya sumber pendapatan tetap mengalami masalah.

Advertisement

Ditambah dengan krisis ekonomi yang mencengkam jiwa.

Hari ini ramai usahawan menggunakan sepenuhnya platform perniagaan online yang disediakan. Antaranya ialah Instagram.

Tetapi masih ramai yang tidak tahu bagaimana cara sebenar untuk berniaga di instagram dengan berkesan. Jom lihat perkongsian wanita ini bagaimana untuk berbisnes di platform Instagram dengan efektif dan berjaya.

Perkongsian ini disumbangkan oleh Diyana MJ

Tips Bisnes Di Instagram

1. Gambar mesti cantik dan jelas. Ambil gambar dengan posisi yang menarik dan warna yang menarik.

2. Kalau ada bajet buat insta review dengan insta femes atau artis-artis.

3. Caption tak perlu panjang berjela-jela sampai 6 harakat ?

4. Bina post menarik dan digalakkan untuk buat contest Share & Win.

5. Dibenarkan untuk Hardselling, di gambar atau caption boleh terus tulis harga sebab majoriti yang view ig memang niat nak shopping melainkan stalker?

6. Post iklan secara konsisten sekurang-kurangnya 6x sehari. Yang ni kalau korang malas jugak, tak tahu la.

7. Bio profile mesti padu dan padat dengan info anda.

Last but least waktu-waktu hot untuk buat posting iklan di insta saya share dibawah..

Malam : 8pm – 10pm (time paling hot).
Pagi : 10am – 11am
Petang : 2pm – 3pm

Berbisneslah dengan berhemah di platform online.Elakkan menjadi scammer dan penipu online.

Telah thabit dari Nabi SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
(Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...