August 6th, 2020

Pelakon wanita, Dayana Roza kini telah selamat bergelar tunang kepada lelaki pilihannya yang juga seorang usahawan, A’dale Adham Ayahudin.

Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin dilaporkan mengadakan majlis pertunangan dalam sebuah majlis penuh sederhana tapi meriah di Damai Glasshouse, rabu lalu.

Ditanya tentang perancangan untuk mendirikan rumah tangga kelak, pelakon drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf ini memberitahu bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada penghujung tahun ini iaitu pada pertengahan bulan Disember.

Ini berikutan keadaan kesihatan datuk kepada tunangnya itu kini berada dalam keadaan tidak baik dan mereka berharap semoga majlis perkahwinan itu dipercepatkan tarikhnya.

Berasa lega kerana majlis pertunangan itu berjalan dengan lancar, Dayana sempat berkongsi detik manis perkenalan bersama tunang tersayang.

View this post on Instagram

2020???

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza) on

“Saya berkenalan dengan dia kira-kira 6 tahun yang lalu dan pada mulanya kami hanya berkawan biasa sahaja. Bagaimanapun, selepas 2 tahun kami mulai rapat dan dia ada ajak saya kahwin. Cuma pada ketika itu, saya tolak lamarannya. Tapi ini lah dikatakan jodoh. Dia tak pernah putus asa untuk tawan hati saya.

Atas nasihat ibunya, Dayana bersetuju untuk membuka hati menerima lamaran tunangnya itu. Dia turut menerima lima dulang hantaran berbalas tiga sebagai tanda dalam majlis berkenaan.

Sumber: Media Hiburan


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...