Bila ada pasangan ni, memang telefon tu tak boleh jauh. Setiap masa nak kena mesej tak kira wanita mahupun lelaki.
Untuk perempuan, pasti anda perasan lama-kelamaan si lelaki akan mula lambat balas mesej anda dan layan pun ala kadar je sewaktu ‘bermesej’.
Bukan sebab si lelaki ni ada orang lain ataupun tak sukakan anda dah, tapi ada beberapa tabiat ‘jelik’ yang perempuan suka buat ketika ‘bermesej’.
1. Lambat sangat nak balas mesej..
Di awal percintaan, masing-masing reply mesej laju je. Tapi makin lama si perempuan ni ambil masa nak jawab semua soalan, buatkan si lelaki bosan dan malas dah nak reply cepat. Tapi lelaki pun sama kot!
2. Balas mesej pendek-pendek..’K’..
Perempuan ni kalau boleh setiap hari mengalami mood swing. Ada je benda tak kena. Kalau setiap masa reply ‘ok’ atau pun ‘K’ je, memang si lelaki akan cari lain la.
3. Mesej masa tengah sibuk
Lelaki paling tak suka apabila diganggu ketika di pejabat dan sedang sibuk. Bila lelaki tak balas mesej, mula la tuduh macam-macam. Ada perempuan lain la. Cuba la profesional sikit.
4. Bila si lelaki nak mesej, si perempuan replynak tak nak
Ni masalah perempuan. Bila si lelaki sibuk masa tu la nak mesej. Tapi bila free, nak tak nak pula mesej. Lelaki ni cepat bosan dan dia akan anggap anda tak berminat untuk bersama.
5. Bila perempuan abaikan pujian
Yelah, bila dah mesej panjang-panjang, mesti la si lelaki akan berikan pujian. Deorang paling menyampah bila perempuan tak ucapkan terima kasih langsung. Ini tak, bagi emoticon ‘malu-malu kucing’ je.
6. Minta pendapat tentang baju baru
Perempuan dengan shopping tak dapat dipisahkan. So, bila beli baju baru je, mereka akan ambil gambar atau berselfie dengan pakaian dan hantar pada teman lelaki untuk minta pendapat.
So.. korang ada tak 6 perangai ni? Hehehehe