6 Syarikat Di Malaysia Ini Bertindak Menutup Operasi Pada Tahun 2017

Trending

6 Syarikat Di Malaysia Ini Bertindak Menutup Operasi Pada Tahun 2017

Kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia ketika ini agak memberi impak kepada perniagaan terutama sekali kepada syarikat-syarikat besar.

Advertisement

Pada tahun  2017 ini, dilihat beberapa syarikat yang sememangnya cukup dikenali telah mengumumkan tarikh akhir operasi keseluruhan  syarikat mereka .

1.  Chatime (Mac 2017)

Setelah Chatime mengumumkan menghentikan jualannya di Malaysia, ia satu tindakan mengejutkan terhadap jutaan pelanggan tetapnya. Chatime kemudian mendedahkan bakal membuat penjenamaan semula sebagai “Tealive” pada awal bulan Mac.

Masalah dikatakan berpunca dari pelanggaran perjanjian oleh Loob Holding yang didakwa menggunakan bahan mentah yang tidak diluluskan. Disebabkan ketidaksefahaman yang berlaku, francais di Malaysia telah ditamatkan oleh La Kaffa International Holding.

2. Tora Aman (April 2017)

Memulakan operasinya sejak tahun 1993, syarikat ini sinonim dengan menerbitkan manga dari Jepun dan manhwa dari Korea Selatan. Tora Aman bertanggungjawab menterjemah pelbagai komik kegemaran ramai seperti Great Teacher Onizuka, Slam Dunk, Doraemon dan Detective Conan.

Gara-gara peningkatan platform komik atas talian, sekali gus memberi kesan buruk terhadap jualan mereka. Potensi yang buruk mengakibatkan mereka memilih menamatkan perniagaan dengan mengadakan jualan penutupan gudang besar-besaran selama seminggu.

3. Tour Les Jours (Mei 2017)


Sumber photo : domokunest.blogspot.com

Pada Mei 2017, kedai roti Korea dengan konsep Perancis popular, Tous Les Jours secara tiba-tiba mengumumkan untuk menghentikan perniagaan mereka menerusi Facebook. Ia telah mengejutkan peminat-peminat roti ini.

Kesemua 4 cawangan yang terletak di Bangsar, Empire Damansara, Empire Shopping Gallery dan WOLO Bukit Bintang akan ditutup buat selama-lamanya. 

Berdasarkan sumber tidak rasmi, mereka cuma tidak beroperasi buat sementara waktu untuk memberi laluan pengubahsuaian. Namun, sebaliknya yang berlaku seperti yang tertera pada notis.

4. True Fitness (Jun 2017)

Penutupan True Fitness mula disebarkan melalui media sosial pada awal Jun. Kesemua 3 cawangan seluruh negara di pusat beli-belah Jaya 33, Taipan Subang dan Sunway Giza ditutup secara serentak tanpa sebarang notis pemberitahuan.

Dianggarkan hampir 10,000 ahli terjejas. Segelintir daripadanya membayar yuran mencecah RM8,000 untuk keahlian seumur hidup. Ada dakwaan mengatakan majikan pusat senaman itu gagal membayar komisyen berjumlah RM66,000.

Pihak True Fitness yang beroperasi sejak 12 tahun lalu itu dikhabarkan telah menyelesaikan isu terbabit. Para ahlinya boleh menebus sesi latihan peribadi di Chi Fitness dan menuntut sehingga RM25,000 dari MCCT.

5. Nature Republic Malaysia (Jun 2017)

Penutupan Nature Republic Malaysia diumumkan melalui Facebook rasmi mereka pada akhir bulan Jun. Nature Republic adalah salah satu jenama produk kosmetik dari Korea yang terkenal dikalangan masyarakat Malaysia.

Difahamkan, reputasi Nature Republic Co yang tercalar ekoran penangkapan pengasas serta bekas CEOnya, Jung Woon-ho yang terlibat kes perjudian haram pada tahun lepas. Selain itu, ada juga beberapa kesalahan lain seperti keganasan dan melobi. Beliau telah dipenjarakan sejak bulan Oktober.

6. Caltex (Jun 2017)

Caltex tidak menarik diri dari pasaran Malaysia, namun arahan pemberhentian operasi kepada 15 stesen minyak Caltex pada 30 Jun lalu masih mengejutkan rakyat Malaysia.

Hampir 200 pekerja terpaksa menganggur selepas Chevron Malaysia telah mengeluarkan surat penamatan operasi kepada 15 stesen minyak Caltex berkenaan.

Sumber : worldofbuzz.com , wikipedia.org , says.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...