6 Suku Kaum Yang Mempunyai Sihir Paling Kuat Di Dunia Yang Tidak Ramai Tahu

Trending

6 Suku Kaum Yang Mempunyai Sihir Paling Kuat Di Dunia Yang Tidak Ramai Tahu

Sihir adalah amalan kurafat dan haram dilakukan oleh orang yang beragama Islam kerana perbuatan ini boleh membawa mudarat sehingga kematian kepada orang lain. Biasanya pelaku yang mengamalkan sihir kerana hati yang hitam, tidak berpuas hati dan berdendam dengan orang lain.

Di luar negara, amalan sihir juga turut diamalkan oleh beberapa kaum. Namun kami difahamkan ‘kekuatan’ sihir mereka ini lebih kuat. Jenis sihir yang bagaimana dan kenapa dikatakan begitu?

Advertisement

Jom baca..

1. Kaum Gypsy

Kaum Gypsy adalah pengembara yang misteri, tersebar di seluruh Eropah dan bahagian Asia, Afrika, dan Amerika. Sebenarnya suku Gypsy adalah orang yang tidak mempunyai rumah tetap. Tetapi jika kita mempermalukan mereka, maka mereka pun tidak segan-segan mengeluarkan kata-kata berbau kematian kepada kita.

Mungkin Lamia merupakan sihir paling buruk dan teruk yang digunakan orang Gypsy. Biasanya sihir ini digunakan untuk hukuman. Cara kerjanya adalah dengan mengambil sesuatu milik kita, mungkin pakaian, kunci kereta, telefon bimbit samsung , atau lain-lain. Lalu mereka mengucapkan mentera kepada benda tersebut.

2. Indian


Suku Indian adalah suku, bangsa, atau kumpulan atau komuniti masyarakat asli di Amerika.

Sihir terjahat masyarakat pedalaman Amerika ini adalah Na Munda. Ini berbeza dengan voodoo yang ada di Haiti. Biasanya suku Indian melakukan sihir ini dengan memanggil arwah menggunakan badan mereka dengan nyanyian atau mentera dan tarian-tarian khusus. Sihir ini akan menyebabkan kematian tanpa bekas. Sihir ini juga digunakan untuk menyembuhkan dan peramalan.

3. Bulgarian Mystery


Bulgarian Mystery merupakan kumpulan orang dari Bulgaria yang mempunyai sihir tahap tinggi jarak jauh. Sihir ini digunakan untuk perebutan wilayah pada zaman pembahagian daerah di Eropah Timur.

Sihir paling mengerikan masyarakat Bulgaria adalah nyanyian. Malka Moma yang dinyanyikan dengan nada tinggi merupakan sihir yang unik dan berbeza dari suku lain. Tetapi, sekarang sihir ini sudah tidak ada lagi. Sekarang sudah dijadikan budaya masyarakat Bulgaria dalam menyanyi.

4. Kiyuku 


Kiyuku adalah nama dari sebuah suku di Afrika, merupakan pecahan dari Murci dan Dassanech. Kiyuku mencari tempat dengan cara berpindah-pindah dari kawasan Africa sampai ke Ethiopia.

Sihir yang dimiliki adalah Kiyuku Dancer atau tarian Kiyuku. Masyarakat setempat sendiri belum mengetahui dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan tarian tersebut. Ada yang berkata menurunkan hujan, Sihir, bahkan ada beberapa orang yang mengatakan orang-orang ini dapat mengubah padang pasir menjadi salji.

5. Maya

Maya merupakan kumpulan orang-orang luar biasa yang berada di pedalaman hutan Mexico dan Guatemala. Merupakan suku yang paling moden pada zaman tersebut kerana sudah dapat mengira kalendar bintang, dan merupakan ahli matematik.

Jangan berfikir bahawa Maya hanya suku yang mempunyai kemampuan berhitung saja, Toltec adalah nama, atau gelaran kepada kertua Maya, atau boleh disebut orang bijak.

Mereka dianggap kononnya mempunyai kemampuan boleh memanggil hujan, kekuatan dalam perang, dan memunculkan matahari dengan melakukan sembahan berupa jantung manusia yang berasal dari suku mereka atau musuh. Namun ramalan kiamat mereka tidak tepat. Suku inilah yang memerangi bangsa Indian.

6. Maasai


Maasai merupakan suku yang berasal dari Kenya. Arrogant, Fearless, dan Free, merupakan gelaran yang sesuai bagi mereka. Selama 100 tahun, Maasai tidak mengambil atau terpaku kepada aturan, damai dalam berperang, Wang untuk hidup, dsb.

Sihir mereka cenderung berdoa, mereka mempunyai dewa yang bernama Enkai. Tidak hairan kenapa suku Maasai dinamakan “Warriors”. Konon dengan bantuan dari Enkai, mereka boleh berlari sepantas singa dan juga menjadi kebal.

Kredit : Jasson King Fans Official

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...