6 Sifat Pada Suami Yang Boleh Beri Interprestasi Kasih Sayang Berbeza Pada Isteri

Trending

6 Sifat Pada Suami Yang Boleh Beri Interprestasi Kasih Sayang Berbeza Pada Isteri

Suami, adalah insan pilihan pasangan hidup seseorang wanita yang bergelar isteri. Sama ada Si Isteri yang memilih atau Si Suami yang memilih, masing-masing berjanji suatu ketika dulu untuk menerima sebagai pasangan hidup.

Advertisement

Bersetuju untuk hidup bersama membina keluarga.

Coretan ini berkisar tentang Sifat Seorang Suami yang perlu para Isteri memahami dan mengerti, kerana tingkah laku, pertuturan dan bahasa badannya adalah sama sekali berbeza dengan kalian.

Berbicara berkenaan sifat Suami, tidak bermakna Si Isteri tiada hak dalam menyatakan perasaan.

Saat sesuatu ikatan perkahwinan itu dibina, setiap pasangan ini telah bersetuju untuk menerima apa sahaja kelebihan dan kekurangan pasangan hidup mereka.

Si Suami juga tersangat perlu memahami sifat dan perbezaan Si Isteri, saling perlu melengkapi antara satu sama lain. Ini dinamakan sebagai ‘Synergistic’.

SIFAT SUAMI 1: BICARANYA RINGKAS DAN PENDEK.

Pernah tak kalian bertanya kepada suami dengan 20 patah perkataan tetapi jawapannya hanya sepatah cuma? atau menceritakan sesuatu kepada suami dengan panjang lebar tetapi menerima respon dari si dia hanya dengan bersahaja, ringkas?

Jangan pernah rasa kecewa itulah seorang suami.

Disebalik sepatah perkataan atau respon bersahajanya, si dia memahami kalian, cuma kurang pandai mengeksprestasikan diri, berintonasi atau menghuraikannya seperti kalian.

SIFAT SUAMI 2: MENCARI SOLUSI BERBANDING DISKUSI.

Fahamilah Suami adalah insan yang Allah ciptakan untuk menyelesaikan masalah.

Mereka bukan insan suka berdiskusi panjang, menghuraikan permasalahan dan mendengar keluhan, apa yang difikirkan hanyalah bagaimana ingin mencari jalan penyelesaian.

Berbeza dengan wanita yang sesetengahnya ingin mencari teman berkongsi, dengan melepaskan apa yang terbuku di hati, separuh permasalahan telah pun terlerai. Pendengar setia sangat diperlukan saat ini.

Jangan kalian rasa sakit hati saat kalian menyatakan permasalahan tersebut dan suami kalian hadir dengan Plan A, B dan C. Itulah Suami mereka lebih mementingkan Solusi berbanding Diskusi.

SIFAT SUAMI 3: KURANG ROMANTIK.

Kebanyakan Suami kurang Romantik dalam menyatakan perasaan dan kasih sayang.

Bicaranya bersahaja, tiada bunga-bunga atau madah pujangga.

Mungkin dikalangan kalian tidak pernah sesekali menerima jambangan bunga, hadiah surprise Birthday atau Anniversary. Jika pun pernah, dengan bahasa bersahaja.

Yang lebih dahsyat, pada tarikh hari lahir atau Anniversary kalian, tiada sepatah ucapan atau kata-kata darinya. Tidak dapat dipastikan sama ada lupa atau memang tiada perasaan apa-apa.

Terimalah seadanya, dia unik untuk kalian.

Disebalik setiap kekurangan dan perbezaan komunikasi yang Si Isteri mahukan, rasailah Suami kalian merupakan Insan Terbaik Allah telah aturkan dalam kehidupan kalian.

SIFAT SUAMI 4: ‘SATU MULUT, DUA TELINGA’. PENDENGAR SETIA.

Bayangkan disebalik petahnya kata-kata kalian dalam berbicara dan menyatakan hasrat, apa yang akan terjadi jika Si Suami lebih hebat tuturnya dari kalian.

Berlaku suatu pertembungan yang kalian sendiri akan rasa tercabar bahkan akan lebih banyak perselisihan yang akan berlaku. Justeru sudah tersangat indah aturan ini, seorang berbicara seorang lagi mendengar tanpa suara.

Suami lebih cenderung mendengar berbanding bercakap, ‘Satu Mulut, Dua Telinga’. Bukankah itu yang Para Isteri mahukan, seorang ‘Pendengar Setia’.

SIFAT SUAMI 5: PELINDUNG KELUARGA

Dalam banyaknya kekurangan komunikasi menyatakan kasih sayang sebagai seseorang Suami, beliau tidak pernah lupa menjadi Pelindung yang terbaik dalam keluarga. Akan dipastikan keselamatan dan kesejahteraan Isteri dan Anak-anak dalam keadaan baik dan terjamin.

Aspek keselamatan antara yang paling tinggi dititik beratkan di dalam dan di luar rumah. Sentiasa sahaja diingatkan kepada kalian.

“Sayang, pintu rumah harus sentiasa dikunci yer”.

“Tolong kunci kereta ini setiap kali abang keluar”

Walaupun bicara ini seakan memberi arahan, sebenarnya inilah bicara kasih sayang mereka kepada kalian dan anak-anak. Tiada yang lebih penting dari Keselamatan.

SIFAT SUAMI 6: TIDAK MENGAPA KERJA KUAT DEMI REZEKI HALAL.

Kebanyakan suami kurang pandai dalam menguruskan wang.

Sesetengahnya menyerahkan 100% kepada Si Isteri mengendalikan urusan berkenaan dengan perbelanjaan ini. Dilantik terus Si Isteri, menjadi Menteri Kewangan.

Tidak menafikan ada juga sesetengahnya bersifat eksklusif dalam berkongsi berkenaan perancangan kewangan keluarga. Walau bagaimana pun, apa yang beliau tahu adalah beliau perlu bekerja untuk memberikan Rezeki Halal dan Nafkah Kehidupan kepada anak isteri.

Tidak mengapa untuk bekerja kuat.

KESIMPULAN

Buat Para Isteri, ketahuilah suami kalian dihadirkan dalam kehidupan kalian adalah untuk melengkapi kalian. Hadirnya mungkin memberi ujian kesabaran namun sedarlah bahawa itu tanda kasih sayang Allah kepada kalian.

Pahala berkat kesabaran kalian dalam menghormati, menuruti kemahuan suami dan menguruskan diri mereka dan anak-anak bakal diganjarkan suatu pulangan yang paling besar iaitu SyurgaNya.

Semoga mahligai yang kalian bina dengan satu akad janji setia akan sentiasa berpanjangan hingga SyurgaNya.

Pertemuan yang diharapkan bukan terhenti di sini, terlebih yang dimahukan adalah kelak di sana.

Bersamalah melayari bahtera kehidupan singkat ini dengan penuh kasih sayang, semaikan bibik kemesraan dan penghargaan kerana tiada yang boleh mengatakan aku lebih utama kerana Nakhoda dan Penasihat adalah masing-masing saling memerlukan.

Sentiasalah menghargai suami, bukan pujian yang mereka raihkan tetapi cukuplah satu penghormatan dan sifat lembut kalian dalam bicara dan layanan.

Sentiasalah berterima kasih kepada mereka disetiap tindak tanduknya yang bersahaja tanpa perasaan kerana sememangnya kasih sayang mereka kepada kalian terkadang sukar dizahirkan dari perkataan tetapi dengan perbuatan dan penjagaan, interprestasi kasih sayang mereka berbeza.

Sumber : Cikgu Tg Abdul Ghafar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...