6 Selebriti Popular Mati Akibat Depresi, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kes Depresi

Trending

6 Selebriti Popular Mati Akibat Depresi, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kes Depresi

Peminat dunia K-Pop digemparkan dengan berita kematian vokalis utama kumpulan SHINee, Jonghyun yang telah disahkan meninggal dunia akibat gas beracun karbon monoksida.

Sebelum meninggal dunia, Jonghyun ada meninggalkan mesej kepada kakaknya yang berbunyi seperti dia sudah tidak tahan dengan tekanan yang dialaminya. Fyi, ini bukanlah kes pertama artis mati bunuh diri kerana masalah depresi.

Advertisement

Berikut kami senaraikan beberapa selebriti yang pernah menggegarkan dunia dengan berita kematian mereka.

1. Robbin Williams

Pelakon komedi ini dikenali sebagai seorang yang periang dan tidak nampak seperti mempunyai sebarang masalah. Namun, rupanya dia pun menderita masalah psikologi setelah didiagnosis menghidap Parkinson.

 
Robbin tidak dapat menerima keadaannya dan berasa sangat tertekan sehingga memutuskan untuk membunuh diri.

2. U;Nee

Selebriti wanita Korea ini juga ditemui mati gantung diri dirumahnya pada tahun 2007 kerana mengalami depresi terhadap populariti yang dikecapinya. Popular sangat pun susah kan? Bikin stress

3. Chester Bennington

Kematian vokalis Linkin Park, Chester Bennington yang ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya juga pernah menggegarkan industri hiburan dunia.

Penyanyi yang pernah terbabit dengan masalah dadah dan alkohol ini ada memberitahu bahawa dia pernah ingin cuba membunuh diri kerana didera sewaktu masih kecil.

Masalah  depresi yang dialaminya menjadikan dia nekad, lebih-lebih lagi selepas dua bulan kehilangan teman rapat, Chris Cornell  yang juga dipercayai mati bunuh diri.

4. Kurt Cobain

Vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain juga antara selebriti Hollywood yang memilih untuk bunuh diri di usia 27 tahun akibat masalah depresi. Cara dia bunuh diri juga agak tragis dengan menembak dirinya sendiri di rumah pada tahun 1994.

5. Lucy Gordon

Aktres Lucy Gordon yang pernah membintangi filem Spiderman 3 ini juga tewas dengan pengakhiran hidup kerana gantung diri di sebuah apartmen di Paris. Punca kematian juga dikhabarkan kerana depresi.

6. Jonghyun

Kejadian yang baru berlaku 2 hari lepas sangat mengejutkan dan ia merupakan satu kehilangan buat peminat muzik K-Pop.

Jonghyun yang dilaporkan mati bunuh diri sebelum itu ada meninggalkan mesej kepada kakaknya,

“Sudah terlalu berat segalanya bagi saya. Tolong biarkan saya pergi. Beritahu semua orang yang saya menghadapi masa yang sukar. Ini adalah ucapan selamat tinggal yang terakhir saya,” tulis mendiang.

Kes bunuh diri telah diklasifikasikan secara menyeluruh oleh pakar psikiatri dunia sebagai penyakit mental.

Ramai netizen yang menyelar perbuatan ini, tapi korang tahu tak sebenarnya masalah depresi bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main?

Depresi adalah salah satu gangguan kesihatan mental yang terjadi selama dua minggu atau lebih yang memengaruhi cara berfikir, perasaan, suasana hati (mood) dan cara menghadapi aktiviti seharian.

Ketika mengalami depresi kita akan merasa sedih berpanjangan, putus harapan, tidak punya motivasi untuk beraktiviti, hilang minat pada hal-hal yang dulunya menghiburkan hati, dan menyalahkan diri sendiri.

Ketika mengalami depresi, suasana hati yang sedih boleh berlanjutan hingga berminggu-minggu atau bahkan berbulan-bulan.

The struggle is real guys. Bukan sebab tak jumpa doktor ke apa tapi cuma mereka tak boleh nak kawal depresi tu. Dah nama manusia, asal depress je mesti cakap gila.

Nah, jangan judge kehidupan orang lain kalau kita sendiri tak tahu apa yang dia alami.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...