6 Perkara Penting Pemilik Rumah Perlu Tahu Sebelum Nak Jual Rumah Beserta Perabot

Trending

6 Perkara Penting Pemilik Rumah Perlu Tahu Sebelum Nak Jual Rumah Beserta Perabot

Sebilangan antara kita apabila ingin berpindah keluar ke rumah yang baru, pasti akan berfikir banyak kali samaada nak jual perabot sekali atau ambil bawa ke tempat tinggal yang baru.

Advertisement

Mungkin ada yang jual rumah beserta perabot, tapi peratusan yang berlaku agak sedikit.

Menerusi perkongsian dari individu yang bernama Syakir Zainol ini, beliau berkongsi pendapat beberapa perkara penting pemilik rumah perlu tahu sebelum nak menjual rumah termasuk perabot.

Jom baca..

“Apa yang perlu saya buat dengan perabot-perabot rumah saya? Kalau saya bagi sekali dengan rumah, boleh naikkan harga tak?” – pemilik.

Sebelum anda ambil keputusan untuk jual rumah anda beserta dengan perabot-perabot yang ada di dalamnya, baca dahulu perkongsian di bawah:

1. Perabot yang boleh dialih-alih (movable) tidak membantu dalam meningkatkan nilaian harga rumah anda. Hanya perabot terbina dalam seperti kabinet dapur, kabinet ruang tamu, almari pakaian yang akan dinilai oleh penilai dan membantu memberi sedikit kenaikan kepada harga asal rumah.

2. Bank tidak menawarkan pembiayaan untuk nilai perabot yang bakal dibeli bersama dengan rumah. Nilai pembiayaan maksimum yang ditawarkan bank hanyalah sekitar 90% daripada nilai pasaran rumah dan tiada opsyen untuk pembiayaan perabot.

3. Pembeli mungkin tidak suka dengan citarasa pemilik terhadap perabot sedia ada dan mereka tidak akan mahu bayar lebih untuk sesuatu yang mereka tidak berminat. Majoriti pembeli akan pilih untuk beli rumah dengan spesifikasi yang sama, lebih murah tanpa perabut, dan belanjakan lebihan harga itu untuk membeli perabot pilihan mereka sendiri.

4. Rekaan atau kondisi perabot anda mungkin sudah lama, uzur dan ketinggalan zaman. Terutama sekali jika perabot anda itu adalah daripada jenis “custom made”. Jika anda letak harga rumah lebih tinggi atas asas ianya hadir sekali dengan perabot, pembeli akan pilih untuk belanjakan lebihan wang itu untuk perabot yang lebih baru bertepatan dengan citarasa mereka sendiri.

5. Namun begitu, anda boleh tawarkan rumah yang anda jual beserta dengan perabot TANPA sebarang kos tambahan. Ini boleh membezakan rumah anda dengan rumah-rumah lain yang turut dijual pada masa yang sama dan berkemungkinan memberikan anda kelebihan. Bakal pembeli akan mempertimbangkan dan menilai tawaran tersebut sebagai satu bentuk bonus yang tiada pada rumah-rumah lain dan seterusnya memilih rumah anda sebagai pilihan akhir.

6. Anda juga boleh pilih untuk jual sendiri perabot-perabot anda secara berasingan daripada rumah tersebut. Cara ini lebih mudah untuk anda mendapatkan pembeli dan anda mungkin boleh dapat jualan yang lebih tinggi berbanding lebihan harga yang anda sasarkan jika dijual bersama rumah. Satu opsyen lain adalah, anda boleh infakkan perabot-perabot tersebut kepada rumah-rumah anak yatim atau mana-mana organisasi yang boleh memanfaatkan perabot-perabot tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...