6 Perkara Penting Ini Perlu Buat Jika Dipatuk Ular, Jangan Sedut Atau Picit Luka

Trending

6 Perkara Penting Ini Perlu Buat Jika Dipatuk Ular, Jangan Sedut Atau Picit Luka

Terkejut saya bila mak mertua saya call tadi. Katanya ada ular masuk rumah. Tengah khusyuk solat maghrib tadi bunyi macam ada binatang pelik.

Advertisement

Rupanya ada ular hitam tengah bergaduh dengan kucing oren yang selalu menyelinap masuk kat dapur.

Nampak macan tedung je.

Kalau tedung, memang bahaya sangat la patukannya sebab racunnya sangat berbisa kepada saraf ( neurotoxin ) dan juga sangat la berbisa kepada jantung ( cardiotoxin ).

Sebab tu kalau kita nampak orang kena patuk ular, jangan tiru cerita Hindustan.

Cerita Hindustan ni dia main bedal je toreh kulit dan hisap bisa.

Jangan sedut.
Jangan ikat.
Jangan toreh.
Jangan picit luka.

Yang kena buat adalah :

1. Bertenang dan jangan panik

2. Jauhi ular tu

3. Jangan tangkap ular tu. Cukup ingat warna, bentuk kepala ( tiga segi ke bulat ) dan keadaan ular tu masa ular tu patuk ( kalau ular tedung ni cara patuk dia sangat khas)

4. Bahagian badan yang kena patuk tu jangan gerak sangat ye. Pergerakan otot boleh mempercepat penyerapan bisa ular tu ke dalam saluran darah )

5. Limitkan anggota badan yang kena patuk tu dengan splint/sling. Nak senang faham, buat la camne pun asalkan anggota badan tu tak bergerak sangat masa nak dibawa ke hospital.

6. Masa ke hospital, jangan singgah beli nescafe atau air kopi ye. Kafein dalam tu boleh membuatkan degupan jantung makin laju. Bila jantung makin laju, makin la cepat bisa ular tu tersebar.

Alhamdulillah ular tedung ni berjaya dibunuh dengan jayanya oleh bapak mertua saya.

Kalau ikut guideline sebenarnya kena call JPAM atau Bomba ye.

Info yang saya bagi ni tolong save ye, malang kan tak berbau. Kalau ada kejadian dipatuk kan nanti senang, terus bukak je info yang saya dah bagi ni.

Kredit : Dr Taufiq Razif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...