6 Perkara Orang Sanggup Buat, Semata-Mata Nak Dapatkan WIFI Percuma!

Trending

6 Perkara Orang Sanggup Buat, Semata-Mata Nak Dapatkan WIFI Percuma!

Apple iPad Arrives In StoresKalau sebelum ni, orang sibuk cari jodoh je. Kalau pergi lepak je dok ‘usha’ awek ke pakwe ke. Sekarang tak dah. Cari awek dekat telefon je. Tapi apa yang penting kena ada WiFi.

Yelah bukan semua orang mampu pasang internet dekat rumah. Dari bayar setiap bulan beratus-ratus, lebih baik cari WiFi, percuma pulak tu!

Advertisement

Hah.. untuk mereka yang kaki online tu, mesti 6 perkara ini anda sanggup lakukan untuk dapatkan WiFi. Mohon terasa okay!

1. Sanggup buat apa saja untuk dapat internet lagi laju

Ni mesti ramai selalu buat. Ada yang sanggup berjalan-jalan dan berpindah-pindah meja di kedai makan semata-mata nak dapat isyarat internet lagi laju.

2. Pergi kafe tapi order benda paling murah

Tak payah cakap. Mesti semua orang pernah buat. Admin pun selalu buat masa zaman belajar. Kalau dapat mamak yang ada WiFi memang best, siap boleh order makan. Tapi kalau kafe mahal-mahal tu, order air paling murah dengan air kosong!

3. Sanggup duduk di pejabat / kelas lama-lama

Setiap kali masa kerja atau kelas, mesti tak sabar nak habis. Mata tu asyik tengok je jam. Tapi bukan sebab nak balik pun, tapi sebab nak online. Tak pun download game ataumovie untuk tengok dekat rumah.

4. Sanggup tumpang rumah kawan

Best kalau dapat kawan anak orang kaya, lepas tu ada internet dekat rumah. Konon ajak lepak dekat rumah, tapi sibuk dengan telefon je. Dah macam rumah sendiri dah korang buat.

5. Guna WiFi jiran

Kalau dapat tahu jiran ada pasang internet, mula la sibuk nak bertegur sapa. Dah berjiran 5-6 tahun tapi baru nak bertegur sebab ada WiFi.

6. Sanggup cipta alat untuk curi WiFi

Kalau ada yang terlalu kreatif dan sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan WiFi, deorang ni sanggup cipta alat untuk curi WiFi orang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.