5 November lalu, Abang Nara tiba di Blue Cube Sunway Pyramid kira-kira jam 10.30 malam untuk majlis pelancaran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus oleh Celcom. Walaupun hujan rintik-rintik sedang turun, ternyata ia tidak menghalang ratusan pembeli yang telah beratur untuk menjadi antara pemilik terawal telefon hebat ini. Abang Nara turut teruja dengan semangat jitu mereka.
Sambil menunggu, Abang Nara sempat berborak-borak dengan Max Liew yang merupakan orang pertama beratur di Blue Cube. Hebatnya Max Liew telah mula beratur sejak pukul 6 petang pada 4 November. Maksudnya Max Liew telah menunggu selama lebih kurang 30 jam untuk menjadi orang pertama membeli iPhone 6 daripada Celcom. Kagum Abang Nara dibuatnya.
Sambil nak menunggu jam 12 tengah malam, Abang Nara sempat berjalan-jalan di ‘lounge’ untuk melihat sendiri iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Memang cantik. Memang elegan. Memang ‘smart’. Abang Nara terus rasa nak beli.
Abang Nara sempat mendengar penerangan daripada pekerja Blue Cube mengenai plan yang ditawarkan oleh Celcom untuk iPhone 6. Memang menjimatkan. Plan data yang diberikan pun banyak. Berbaloi sangat-sangat. Banyak plan yang ditawarkan oleh Celcom. Jadi kenalah pilih mana yang terbaik untuk anda. Untuk Abang Nara, plan yang paling sesuai ialah Celcom First Premier.
Yang kat atas ini adalah plan Celcom First Premier untuk 12 bulan. Ada juga untuk 24 bulan. Selain plan ini, turut ditawarkan plan Celcom First Prime dan Celcom First Elite. Masing-masing ada kelebihan. Kena tengok mana yang bersesuaian. Paling penting semuanya menjamin penjimatan. Boleh tengok plan-plan lain di laman Celcom iPhone 6.
Tengah seronok dan teruja mendengar penjelasan, tiba-tiba pengacara majlis iaitu Daphne Iking mengumumkan ada kejutan untuk 6 pembeli terawal iPhone 6 Celcom. Fuh~~ Berlari-lari terus Abang Nara kat luar. 6 pembeli yang beratur paling awal telah berada di hadapan pentas. Muka masing-masing kepenatan tapi jelas tak sabar nak dapat iPhone 6.
Apabila Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin mengumumkan yang 6 orang ini akan dapat membeli iPhone 6 dengan harga RM6, semua hadirin yang hadir menjerit keterujaan dan bertepuk tangan. Memang kejutan yang amat baik sekali. Muka mereka berenam amat terharu. Berbaloi segala pengorbanan dan kepenatan menunggu.
Abang Nara sempat mengucapkan tahniah kepada keenam-enam pembeli bertuah ini. Mereka kesemuanya melahirkan rasa terima kasih kepada Celcom atas kejutan ini. Malam itu juga ratusan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telah terjual di Blue Cube Sunway Pyramid. Rasanya sampai jam 4,5 pagi pun masih ramai beratur untuk mendapatkan telefon idaman mereka. Memang awesome!!!
Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan iPhone 6 anda di Blue Cube berdekatan. Sila cepat sebelum stok habis. Maklumat lanjut layari laman Celcom iPhone 6.