Masih bersedih dengan kehilangan MH370, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian dan kecederaan yang terjadi akibat penggunaan dadah berlebihan di FMFA (Future Muzik Festival Asia) 2014. Konsert yang diadakan di Stadium Bukit Jalil ini sepatutnya berjalan selama 3 hari namun dibatalkan akibat peristiwa ini. Mangsa dipercayai membeli dadah jenis syabu di luar sebelum menggunakannya untuk berhibur di dalam stadium.
Daripada 6 mangsa, 4 adalah berbangsa Melayu, 1 bangsa Cina dan 1 bangsa India. Mangsa berumur 19 hingga 27 tahun. 3 orang yang cedera kini sedang menjalani rawatan Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). 2 yang cedera adalah warga Singapura. Akibat tragedi ini, pihak berkuasa telah mengambil keputusan untuk membatalkan konsert ini.
Semoga tragedi ini menjadi pengajaran buat kita semua. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam.