6 Masalah Ini Selalu Perempuan Pendek Hadapi Untuk Berfesyen, Jangan Kutuk!

Trending

6 Masalah Ini Selalu Perempuan Pendek Hadapi Untuk Berfesyen, Jangan Kutuk!

PoppyBarley-StyleTips-ShortGirl-BlogPerempuan sangat sensitif dengan perkataan ‘pendek’, lebih-lebih lagi bagi mereka yang memang tidak berpuas hati dengan ketinggian mereka. Boleh jadi gaduh tu!

Adakah anda tahu mengapa mereka tidak suka digelar ‘pendek’? Ini kerana perkara tersebut merupakan masalah bagi mereka, lebih-lebih lagi dalam berfesyen.

Advertisement

Kebanyakan jenama pakaian wanita tidak fokus kepada saiz untuk mereka yang bersaiz rendah ataupun petite, jadi ianya memberikan masalah kepada mereka.

Jadi, jika anda mempunyai rakan yang memang sensitif dengan ketinggian mereka, anda perlu ketahui apa masalah yang mereka sering hadapi dalam berfesyen.

1. Skirt tidak padan

Bagi mereka yang rendah dan ingin memakai skirt, masalah yang mereka sering hadapi ialah kebanyakan paras skirt pendek yang diinginkan mencecah ke lutut, skirt tiga suku kelihatan seperti skirt labuh. Jadi caranya ialah mereka perlu memotong skirt tersebut. Sayangnya!

2. Jeans yang menyapu lantai

Masalah seluar jeans juga sering menghantui mereka. Seringkali jika anda lihat seluar jeans milik rakan anda yang rendah pasti akan rosak di hujungnya kerana sering terpijak. Habis bersih lantai rumah dia sapu. Akhirnya jeans tersebut akan koyak rabak.

3. Keluar duit untuk upah menjahit

Disebabkan kebanyakan pakaian mereka perlu di potong atau di ubah, sekaligus mereka terpaksa keluarkan duit lagi.

4. Membeli-belah di bahagian pakaian kanak-kanak

Anda perlu tahu, kadang-kadang disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan jenama pakaian wanita, ada yang membeli pakaian mereka di tempat pakaian kanak-kanak. Malunya!

5. Membeli-belah di bahagia petite sangat mengecewakan

Ini paling menyedihkan bagi mereka yang rendah. Kebanyakan jenama pakaian wanita yang di jual di Malaysia menggunakan saiz EU dan US. Sangat berbeza dengan saiz petite untuk orang Asia.

6. Membeli-belah melalui ‘online’ juga sangat teruk

Kebanyakan model yang memperagakan pakaian dalam iklan mempunyai ketinggian yang sederhana tinggi. Jadi memang agak mustahil untuk padankan dengan ketinggian mereka yang rendah. Stress!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...