6 Makanan Paling Mahal Di Dunia Selain Daging Wagyu

Makanan

6 Makanan Paling Mahal Di Dunia Selain Daging Wagyu

Setiap individu pasti mempunyai selera masing-masing khususnya daripada segi sajian makanan. Ada yang suka sekadar ‘biasa-biasa’ namun ada juga yang ingin tampak mewah.

Lazimnya, harga sesuatu makanan itu bermula daripada sumber yang diperoleh, cara pemprosesan sehingga ke cara penyediaan akan mempengaruhi kos harga makanan tersebut.

Advertisement

Salah satu makanan mahal yang sudah ramai tahu ialah daging wagyu. Daging wagyu dikatakan mahal kerana harga gred daging wagyu paling tinggi ialah wagyu A5 yang boleh mencecah RM 25,000 sekilogram. Bukan itu saja, ianya mempunyai campuran sel lemak dan otot serta merupakan baka lembu daripada Jepun.

wagyu a5

Sumber : OS Meatshop

Khasiatnya yang tinggi berbanding mana-mana daging lembu biasa menjadikannya salah satu makanan paling mahal di dunia. Untuk perkongsian, ini dia enam makanan yang buat korang garu poket untuk membelinya.

1.Sup sarang burung

Umumya, sup sarang burung dijual sekitar harga RM 300 semangkuk kerana khasiatnya yang cukup bermanfaat bagi sesiapa yang menginginkan kulit yang cantik. Ianya boleh didapati dalam bentuk paket segera ataupun secara segar. Kebiasaannya, minuman ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina di seluruh dunia.

sup sarang burung mahal

Sumber : CNN Indonesia

Salah satu sebab yang membuatkan sajian ini mahal ialah cara untuk mendapatkannya. Sarang burung ini terletak di bahagian paling atas kawasan gua untuk menghindarkan telur atau anak-anak burung daripada pemangsa. Jadi, wajarlah harga sup sarang burung ini dikenakan dengan harga yang tinggi kerana risiko untuk mendapatkannya cukup bahaya.

2.Cendawan Matsutake

Biasanya, korang dah boleh dapat cendawan di supermarket dengan harga dibawah RM 10 sepaket namun ianya tidak dapat diperoleh dengan cendawan yang bernama Matsutake. Harga sekilo cendawan Matsutake ini boleh mencecah RM 2,500. Spesis ini tumbuh di benua Asia, Eropah dan Amerika Utara selain menjadi tumpuan masakan di Jepun, Korea dan China.

cendawan mahal

Sumber : Iluminasi

Apa yang membuatkan cendawan ini mahal disebabkan ianya cukup unik dan sukar untuk ditemui selain proses pencariannya yang agak rumit.

3.Tembikai Densuke

Ketika cuaca panas, mesti korang cari makanan atau minuman yang menyegarkan. Buah tembikai salah satu makanan yang boleh melegakan tekak kerana kandungan airnya yang memang sesuai untuk dinikmati. Ia juga boleh didapati dengan harga mampu milik namun tidak dengan tembikai hitam ini atau dikenali sebagai Tembikai Densuke.

tembikai densuke

Tembikai ini popular di negara Jepun dan dijual sekitar harga RM 850 sepotong dan buah ini pernah mencapai sehingga harga RM 24,000. Wow!

Buah ini hanya tumbuh di Hokaido, Jepun dan hanya 10,000 sahaja dituai untuk setiap tahun.

4. Ais krim emas sundae

Majorit semua orang penggemar ais krim tak kira apa jenis flavour sekalipun ditambah dengan topping memang cukup nikmat. Tapi korang tahu tak, terdapat ais krim yang dijual sehingga RM 4,000 dan ianya sekaligus memecahkan rekod Guiness Dunia sebagai ais krim termahal di dunia.

ais krim paling mahal

Sumber : FMT

Ais krim itu dijual di Serendipity 3, sebuah restoran di New York dan disajikan dengan daun yang diperbuat daripada emas serta kaviar manis di dalam cawan berbentuk kristal. Apa yang membuatkannya tampak lagi mahal ialah sesiapa yang menikmati ais krim tersebut akan menggunakan sudu 18 karat emas. Fuh, makan ais krim guna sudu emas!

5. La Madeline au Truffle

Makanan ini merupakan coklat paling mahal di dunia kerana dengan berat satu auns sahaja ianya berharga RM 1,035. Ianya dihasilkan oleh seorang tukang masak dan pakar coklat dari Denmark yang dikenali sebagai Fritz Knipschildt.

coklat paling mahal di dunia

Sumber : Guinness World Records

Dia menghasilkan truffle ini menggunakan bahan jenis Pergold French yang jarang sekali ada pada bahan untuk pembuatan coklat.

6. Caviar almas

Makanan yang berupa seperti telur ikan ini diperoleh daripada ikan sturgeon yang biasanya hidup di perairan Amerika Barat dan Amerika Utara. Harga bagi caviar ini boleh mencecah sehingga RM 145,000 dan ianya agak munasabah kerana dihasilkan ketika fenomena ikan sturgeon albino yang jarang ditemui dan boleh dikatakan ikan tersebut hanya bertelur sekali di antara usia 60 hingga 100 tahun.

caviar almas

Melalui kesemua senarai makanan tersebut, korang dah boleh beli sebuah kereta atau pun aset lain setanding dengan harga makanan-makanan tersebut. Walau bagaimanapun, ianya berbalik kepada individu itu sendiri dan bergantung kepada kemampuan serta kemahuan mereka. Ada yang rasa nak beli makanan-makanan tu ?

Sumber : Astro Awani, Free Malaysia Today 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...