6 Langkah Untuk Depositkan Duit Syiling Ke Dalam Bank

Trending

6 Langkah Untuk Depositkan Duit Syiling Ke Dalam Bank

Anda ada banyak duit syiling tetapi tak tahu nak buat apa atau anak-anak anda menabung menggunakan duit syiling?

Apa kata simpan syiling yang banyak tu dalam bank. Sekarang anda dah boleh menggunakan mesin deposit syiling sahaja tak perlu beratur di kaunter lagi.

Advertisement

1. Pergi ke cawangan Maybank yang ada mesin deposit syiling ini. Tak semua yang ada ya, kena check terlebih dahulu.

Ini merupakan list cawangan Maybank yang mempunyai Maybank Coin Deposit Machine ini:

1. KL Main Branch
2. Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
3. Shah Alam Main Branch
4. USJ Subang Jaya Branch
5. Seremban Branch
6. Jelapang Branch
7. Melaka Main Branch
8. Johor Bahru Main Branch
9. Jelutong Branch
10. Alor Star Branch
11. Taman Tas Branch
12. Kuala Terengganu Branch
13. Kota Bharu Branch
12. Wisma Satok Branch
13. Kota Kinabalu Branch
14. Rawang Branch
15. Bandar Baru Selayang Branch
16. Bandar Baru Sunway Branch
17. Equine Park Branch
18. Station 18, Ipoh Branch
19. Skudai Branch
20. Batu Pahat Branch
21. Prai Industrial Estate Branch
22. Legenda Heights Branch
23. Pulau Langkawi Branch
24. Paka Branch Branch
25. Tanah Merah Branch
26. Mutiara Damansara Branch

2. Masukkan syiling anda, tak perlu asingkan pun duit syiling tu

Mesin ini cukup bijak untuk asingkan setiap duit syiling.

Untuk pengetahuan anda, syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan juga 50 sen. Duit lama juga diterima tapi bukan duit negara lain.

3. Tekan butang ‘A’ untuk mula. Mesin tersebut akan mula masukkan duit syiling anda.

Setelah seketika, mesin akan berhenti. Namun, anda boleh tekan semula butang ‘A’ untuk teruskan.

Duit-duit yang diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Anda boleh cuba untuk masukkan semula duit syiling tersebut.

4. Seterusnya, tekan butang ‘B’ dan mesin akan mengeluarkan dua helai resit untuk anda

Butang ‘B’ tersebut adalah untuk anda menerima dua helai resit selepas transaksi selesai dilakukan. Satu resit untuk disimpan dan satu lagi resit adalah untuk diserahkan kepada pihak bank.

Isikan nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon anda pada resit tersebut.

5. Serahkan resit tersebut di kaunter khidmat pelanggan

Selepas itu, anda juga akan diberikan satu borang untuk diisi dengan maklumat seperti nama penuh, nombor akaun bank dan juga jumlah duit syiling yang telah dideposit.

6. Akhir sekali, berikan borang tersebut beserta resit ke kaunter khidmat pelanggan.

Wang anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada hari yang sama (jika anda pergi bank pada waktu pagi).

NOTA PENTING: Sebelum anda pergi ke cawangan bank tersebut, telefon dahulu untuk semak availability mesin itu. Mana tahu under maintenance, atau sudah tiada lagi. Jadi anda tidak buang masa datang ke sana.

Waktu operasi bank adalah bermula jam 9:15 am sehingga 4:30 am.Mesin ini juga mengikut waktu operasi bank, bukan seperti mesin cash deposit yang lain. Sebab resit yang diterima perlu diserahkan di kaunter khidmat pelanggan semula.

Selain itu, resit yang dikeluarkan oleh mesin adalah valid untuk satu hari sahaja ya. Sebaik sahaja anda menerima resit daripada mesin, terus bagi balik di kaunter, jangan pergi esok pula!

Sumber:@flightmurah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...