6 Langkah Kena Buat Bila Luka, Halang Jangkitan Makin Parah!

Branded

6 Langkah Kena Buat Bila Luka, Halang Jangkitan Makin Parah!

Walaupun sudah berhati-hati, kadang-kadang kita tidak dapat mengelak dari risiko terkena luka. Nampak kecil, tapi sebenarnya luka perlu penjagaan teliti bagi mengelak komplikasi yang lebih serius.

Luka yang tidak dijaga dengan betul boleh menyebabkan jangkitan dan sekaligus menyebabkan masalah kesihatan lebih besar seperti luka bernanah, kemerah-merahan dan bengkak. Ini cara jaga luka semua orang wajib tahu.

Cuci luka guna air mengalir

Air mengalir penting ketika mencuci luka untuk mengurangkan risiko bakteria berbanding air bertakung.

Gunakan sabun yang lembut untuk mencuci luka

Sabun dengan nilai pH yang tinggi boleh memberi kesan negatif seperti mengeringkan kulit.

Tukarkan dressing apabila perlu

Dressing yang lama mungkin menjadi tempat pengumpulan kuman, adalah dinasihatkan untuk sentiasa menukar dressing setiap hari.

Ubat sapu perlu digunakan dengan nasihat doktor

Sebarang ubat-ubatan perlu mendapatkan nasihat doktor bagi mendapatkan kesan optimum dan mengurangkan risiko alahan dan masalah kesihatan lain.

Elak sentuh bahagian luka dengan tangan

Tangan walaupun kelihatan bersih tapi mempunyai risiko jangkitan jika tidak dicuci dengan sempurna.

Mandi tanpa melindungi bahagian luka

Air paip, syampu, sabun mandi dan persekitaran bilik air yang lembap berisiko menjangkitkan kuman pada luka.

Kini segalanya lebih mudah mengendalikan luka dengan produk dari Hansaplast. Pastikan rumah anda tersedia dengan 3 produk Hansaplast ini untuk kegunaan waktu tidak terjangka.

Hansaplast Wound Spray

Hansaplast plaster

Apabila luka, bersihkan dan lap menggunakan tisu kering. Kemudian semburkan Hansaplast Wound Spray untuk melindungi kotoran serta bakteria dan mengelak jangkitan kuman.

Jangan risau kerana semburan ini tidak menyakitkan. Ini menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang berkulit sensitif. Cecair Hansaplast Wound Spray ini juga tidak akan mengotorkan pakaian. Berita baik untuk golongan ibu-ibu juga!

Hansaplast Plaster

Hansaplast plaster

Balut luka dengan Hansaplast Plaster untuk melindungi sehingga dari 99% bakteria*. Plaster ini menggunakan fabrik lut udara, tahan lasak dan didatangkan dengan pelbagai rekaan serta saiz.

Hansaplast sudah berpengalaman selama 100 tahun dan menjalani pelbagai ujian intensif untuk semua produk mereka bagi memastikan keselamatan dan kualiti untuk pengguna. Rangkaian plaster Hansaplast melindungi 99% bakteria dari memasuki luka. Ciri ini menjadikan luka terpelihara dari dimasuki kotoran dan bakteria.

Hansaplast Wound Healing Ointment

Hansaplast

Bukan tu je, lengkapkan penjagaan luka dengan Hansaplast Wound Healing Ointment bagi membantu menyembuhkan luka kecil dan kerosakan kulit seperti kesan calar, melecet, melecur kecil dan kulit merekah.

Produk ini juga sesuai untuk bayi dan mereka dengan kulit sensitif. Penggunaan produk Hansaplast ini memberikan sehingga 2 kali penyembuhan** luka lebih pantas.

Apabila digunakan, produk ini menghasilkan lapisan perlindungan untuk mengelak luka mengering. Keadaan kulit perlu berada optimum lembap bagi mempercepat penyembuhan semulajadi dan mengurangkan risiko parut.

Hansaplast Wound Healing Ointment ini bebas wangian, pewarna, bahan pengawet dan bahan dari haiwan.

Cegah jangkitan luka dengan Hansaplast

Hansaplast range

Dapatkan rangkaian produk Hansaplast untuk kegunaan waktu kecemasan sekeluarga. Untuk lebih memahami mengenai penjagaan luka jom saksikan video 7 Kesilapan Lazim Dalam Rawatan Luka Ini.

Kesemua produk ini boleh didapati di Guardian, Watsons, Caring, Shopee, Lazada dan farmasi berhampiran. Lawati laman web Hansaplast untuk maklumat lanjut.

*Hansaplast Plaster melindungi dari kotoran dan bakteria.

**Hansaplast Wound Healing Ointment menyembuhkan luka 2 kali lebih pantas berbanding luka tidak dirawat.

No. Kelulusan Iklan: MDAMD 0025/2023

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...