6 Kes Kematian COVID-19 Setiap 6 Ke 12 Jam, Keadaan Hospital Di New York Seperti Dalam Mimpi Ngeri

COVID-19

6 Kes Kematian COVID-19 Setiap 6 Ke 12 Jam, Keadaan Hospital Di New York Seperti Dalam Mimpi Ngeri

Dalam kebejatan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, Amerika Syarikat kini berada di tangga teratas sebagai negara dengan kes positif yang paling banyak dilaporkan. Setakat ini, pesakit yang dijangkiti virus tersebut telah menjangkau angka 852,703 individu di mana 72,210 kes daripadanya sudah pulih manakala 47,750 mangsa pula dilaporkan gagal untuk diselamatkan.

Dek kerana kes jangkitan yang kian menggunung ini, rata-rata petugas kesihatan yang menjadi benteng di barisan hadapan terpaksa berhempas pulas bagi membendung wabak ini. Dikatakan bahawa hospital di Amerika Sayarikat kini seperti medan perang kerana dipenuhi dengan mangsa COVID-19 daripada pelbagai latar belakang.

Advertisement

hospital new york seperti mimpi ngeri

Sama seperti apa yang dilaporkan terjadi di dalam Hospital Saint Joseph, New York pada saat ini. Kesemua petugas perubatan seperti berada di dalam mimpi ngeri yang tiada kesudahannya. Setiap hari, mereka tidak terlepas walau sesaat pun daripada mengalami detik cemas kerana pesakit COVID-19 yang bersilih ganti.

Bayangkan betapa teruknya keadaan di sana apabila dikhabarkan bahawa sekurang-kurangnya 6 pesakit yang menderita COVID-19 disahkan meninggal dunia setiap 6 hingga 12 jam sehari.

Ia bagaikan mimpi ngeri. Kami menerima jumlah pesakit yang sangat ramai. Dalam satu syif, saya akan mengumumkan sekurang-kurangnya enam kematian.

Kebanyakan daripada mereka adalah warga emas, tetapi itu bukanlah purata keseluruhan. Malangnya, ramai yang disangka tidak dijangkiti, sudahnya dijangkiti virus berkenaan.

hospital new york seperti mimpi ngeri hospital new york seperti mimpi ngeri

Bukan itu sahaja, malahan 50 peratus daripada kakitangan hospital itu sudah pun disahkan positif virus tersebut manakala 30 peratus lagi sedang menantikan ujian saringan yang sudah dilakukan sebelum ini.

Tiada kata yang mampu diucapkan untuk meluahkan rasa terima kasih kepada petugas kesihatan yang berkorban nyawa bagi membendung wabak ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...