6 Iklan Merdeka 2018 Yang Lebih ‘Fresh’

Trending

6 Iklan Merdeka 2018 Yang Lebih ‘Fresh’

Sudah menjadi satu tradisi untuk kita menantikan iklan-iklan patriotik kemerdekaan setiap tahun. Sempena menyambut kemerdekaan tahun ini banyak syarikat berlumba-lumba menghasilkan iklan merdeka yang lebih unik dan ‘fresh’ berbanding tahun-tahun lepas.

#CeritaKita – Petronas

Seperti biasa, iklan-iklan perayaan terutamanya Merdeka daripada Petronas tak pernah mengecewakan. Tahun ini mereka tampil dengan idea yang berbeza. 10 orang kanak-kanak-kanak diberikan 10 buah kamera untuk merakamkan perjalanan dan pengalaman harian yang mungkin biasa di mata orang dewasa tetapi bermakna di mata mereka.

Advertisement

#TMSejahteraMalaysia – TM

Lagu patriotik sejahtera Malaysia dibero nafas baru dan dinyanyikan dengan pelbagai bahasa yang dituturkan oleh rpelbagai bangsa di Malaysia. Walaupun pelbagai bangsa dan berbeza latar belakang, sama-sama kita  menyambut hari kemerdekaan demi negara tercinta.

Iklan Merdeka Paling Typical- The Chicken Rice Shop

Setiap kali merdeka wajib akan ada iklan khas kan? Tipikalnya! Tapi kalau nak tengok iklan merdeka yang paling tipikal tahun ini, anda patut tonton video dari The Chicken Rice Shop. Pasti anda dapat kaitkan dengan semua situasi dalam iklan tersebut.

Tanah Indah- Digi Telecomunications

Unik! menggunakan miniatur sebagai ‘watak’ utama dan meraikan wira-wira Malaysia serta setiap peristiwa penting negara. Kita semua berasal dari ‘tanah’ yang sama.

#KonfirmGood- Watsons

Watsons menggunakan konsep ‘typical Malaysian’ dan terdapat lima siri iklan yang mewakili 5 perangai rakyat Malaysia. Yang paling penting #KonfirmGood mengajak rakyat Malaysia menjadi lebih baik.

Do You Know Who The New Malaysia Is Really For?- Grab Malaysia

Malaysia baru, harapan baru bukan untuk seorang sahaja tetapi untuk semua yang bergelar rakyat Malaysia. Malaysia baru tiada yang mustahil!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...