6 Harta Peninggalan Ashraf Sinclair Buat Keluarga Kesayangan, Bunga Citra Lestari Dan Noah

Hiburan

6 Harta Peninggalan Ashraf Sinclair Buat Keluarga Kesayangan, Bunga Citra Lestari Dan Noah

Memulakan kerjaya seninya di Malaysia dan terus melebarkan sayap hingga ke Indonesia, allahyarham Ashraf Sinclair nyata terpijak tuah semasa bertapak di negara jiran tersebut. Bukan sahaja aktif berlakon malahan lelaki itu turut berjinak-jinak dengan pelbagai perniagaan.

Bahkan hasil usaha kerasnya menyebabkan dia mampu untuk meninggalkan sebilangan aset dan juga harta buat isteri Bunga Citra Lestari dan satu-satunya anak kesayangan iaitu Noah Sinclair.

Advertisement

Pelabur syarikat start-up

Dipandukan oleh minat yang mendalam dengan dunia perniagaan ‘start-up’, Ashraf Sinclair berani untuk menggunakan dana peribadinya bagi melabur di beberapa syarikat yang kian meningkat naik. Antaranya ialah syarikat kosmetik Korea, Althea dan juga servis penstriman video iaitu Iflix.

Ini kerana lelaki itu percaya bahawa industri kreatif akan mendapat ‘demand’ yang tinggi di Indonesia lantas menggunakan peluang itu untuk memberikan sokongan bagi menampung modal dan teknologi yang diperlukan.

harta peninggalan ashraf sinclair

Sertai Ventura Partner

Daripada data yang diperolehi di laman web start-up iaitu Crunch Base, nama Ashraf Sinclair turut tersenarai sebagai salah seorang rakan kongsi Ventura dalam projek 500 Startup sejak tahun 2017 lagi.

Selepas dijejaki, 500 Startup dikhabarkan telah melabur dalam beberapa syarikat start-up bertempat di Indonesia seperti BukaLapak, Kudo, Brodo, Hijup dan Kredivo.

harta peninggalan ashraf sinclair

Bulgogi Brothers

Tak cukup dengan itu, pelakon lelaki ini turut menyua tangannya dalam industri makanan dan minuman apabila membuka sebuah restoran hidangan Korea yang dikenali sebagai Bulgogi Brothers pada tahun 2013.

Kalau anda nak tahu, cawangan yang dikemudi oleh Ashraf Sinclair dan isterinya terletak di Lotte Shopping Avenue, Jakarta Selatan merupakan francais pertama restoran tersebut di Indonesia.

harta peninggalan ashraf sinclair

T.G.I Fridays

Allahyarham juga pernah berkongsi bahawa dia pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran francais Amerika yang terkenal di serata dunia iaitu T.G.I Fridays. Siapa sangka daripada pekerja biasa, Ashraf Sinclair kemudiannya membuka satu cawangan restoran tersebut di daerah Kemang, Jakarta Selatan.

Bahkan pelakon itu pernah berkongsi keinginannya yang kuat untuk membuka perniagaan sejak daripada kolej lagi dan nampaknya impiannya tidak tinggal sepi dan berjaya dicapai semasa hayatnya.

harta peninggalan ashraf sinclair

Pokok Sunda

Bukan sahaja berjinak-jinak dengan restoran yang menyajikan makanan daripada luar tahu. Malahan Ashraf Sinclair telah membuka pintu kepada peminat juadah Sunda dengan memulakan bisnes yang diberi nama Pokok Sunda bertempat di Bandar Senayan Jl. Asia Afrika Jakarta Pusat.

Sebenarnya, Bunga ada mendedahkan bahawa dia sangat meminati makanan yang berasal daripada Indonesia tersebut lantas merealisasikan hasratnya itu bersama dengan suami kesayangan untuk membuka sebuah restoran khas makanan Sunda.

harta peninggalan ashraf sinclair

Crossfit Equator

Siapa yang meminati Ashraf Sinclair pasti mengetahui bahawa allahyarham merupakan penggemar aktiviti fizikal. Disebabkan oleh minat yang sudah tepu dalam dirinya, pelakon itu telah memulakan perniagaan Crossfit Equator yang terletak di Jakarta Selatan.

Sebagai satu sukan yang mula mendapat tempat di Indonesia, Ashraf Sinclair telah memilih untuk memberikan fokus kepada aktiviti crossfit di pusat kecergasan tersebut.

Bagi yang tidak biasa, sukan ini mengambil inspirasi daripada aktiviti harian seperti menolak, melempar, menarik, melompat dengan intensiti tinggi. Bukan itu sahaja, latihan sukan ini juga merangkumi pelbagai aktiviti lasak. Antaranya ialah 100 push up, 100 pull up, 100 sit up dan 100 squat.

harta peninggalan ashraf sinclair

Sering membanting tulang demi minat dan keluarga, semoga arwah tenang di sana.

Sumber: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...