(6 GAMBAR)Zul Ariffin Tiada Rancangan Untuk Berkahwin Tahun Ini

Hiburan

(6 GAMBAR)Zul Ariffin Tiada Rancangan Untuk Berkahwin Tahun Ini

Abang sado yang seorang ini makin meletup-letup sejak membintangi drama Akasia bersama Ayda Jebat. Ternyata bakat selama ini telah mendapat perhatian dan pengiktirafan orang ramai. Ramai mengetahui juga hubungan Zul dengan penerbit filem dan drama, Gayatri Su Lin Pillai dan sebelum ini terdapat gosip yang mengatakan keduanya akan berkahwin tidak lama lagi.


 photo Zul-Ariffin-Terima-SMS-Ugut-Mahu-Bunuh-Teman-Wanita-Beliau-ROTIKAYA.jpg

Melalui Mangga Online, Zul Ariffin bagaimanapun menafikan mempunyai perancangan berkahwin pada tahun ini. Katanya:

Advertisement

Tahun ini saya tidak merancang untuk berkahwin. Persiapan untuk berkahwin ni lagi pening daripada berlakon.

Makan bulan juga nak siapkan hal-hal perkahwinan ni. Kalau saya betul-betul dah bersedia baru saya fikirkan hal itu. Lagi pun saya nak buat secara bersederhana sahaja bukannya secara besar-besaran

Fuhhh. Mesti ramai para gadis di luar sana menarik nafas lega bila pelakon pujaan mereka memberitahu sebegini. Bagaimanapun, Zul pasti bahawa dia tetap akan diminati jika sudah berkahwin sekalipun.

Peminat memang dah mengetahui dengan siapa saya keluar dan saya dah beri tahu dari awal lagi. Kalau nak ikutkan memang peminat lebih suka pelakon kesukaan mereka berstatus bujang.

Bagi saya perkara tersebut tiada masalah. Saya rasa ramai juga pelakon popular yang sudah berumah tangga masih lagi diminati.

Hehe. Nak buat macam mana kan, nama tengah meletup jadi mungkin Zul berpendapat ini ialah masa terbaik untuk mengembangkan kerjaya. Semoga anda terus sukses dalam bidang lakonan dan diharap bakal berlakon dalam filem hit pula.

Lagi lima gambar Zul Ariffin dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 10597410_379813615506707_1229366742_n.jpg
 photo 10899350_755647507835745_1359172991_n.jpg
 photo 10844230_1598187750402374_1593087774_n.jpg
 photo 928043_1542234969354671_339804499_n.jpg
 photo 10848372_686255258162756_2082264657_n.jpg

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...