Seorang peguamcara pelatih dipenjarakan semalam kerana mengurung anjing peliharaanya di dapur rumah dan membiarkan anjing itu mati kebuluran.
Roxy, anjing betina jenis Boxer berusia lima tahun mati menderita setelah terperangkap tanpa makanan dan air lebih seminggu.
Pemiliknya, Kate Gammond, 27, yang telah berpindah ke tumah ibunya pada masa itu, terus pergi ke pejabat setiap hari sementara binatang peliharaannya itu mati perlahan-lahan.
Bangkai Roxy tidak ditemui selama lapan minggu kemudiannya, di masa keadaan bangkai itu sangat reput dan pemeriksa RSCPA terpaksa menggunakan cangkul salji untuk mengutipnya.
Gambar: Roxy
Mahkamah Majistret Bristol sebelum ini diberitahu yang Gammbond mengurung anjing itu dengan mengikat lehernya pada pemegang pintu dan juga cangkuk di tangga dalam rumah.
Roxy telah mencakar pintu, meninggalkan serpihan pintu di atas lantai, setelah cuba melepaskan diri sebelum kematiannya, yang mungkin mengambil masa enam hari.
Bangkainya ditemui setelah Gammond berpindah ke rumah ibunya.
Gammond kembali ke rumah itu untuk memberi makan kepada Roxy, sehinggalah lututnya terkehel dan tidak dapat pergi ke rumahnya. Dia kemudiannya menipu dengan mendakwa bekas teman lelakinya memberi makan anjing peliharaan itu.
Gambar: Bekas teman lelaki Gammond, Adam Taylor dilihat berada di luar mahkamah gembira dengan hukuman yang dikenakan pada Gammond, namun berpendapat hukuman untuk wanita itu sepatutnya lebih keras.
Gammond memberitahu Inspektor RSCPA Miranda Albinson, dia meninggalkan Roxy tanpa makanan dan minuman selama seminggu pada bulan Ogos, dan apabila dia datang semula ke rumah itu dia tercium bau busuk dan memberitahu:-
Saya mengandaikan dia (Roxy) sudah mati. Saya tidak kembali selepas itu.
Ditanya sama ada dia mengunci anjingnya di dapur dengan sengaja untuk mati, Gammond menjawab.
Secara dasarnya, ya.
Badan Roxy ditemui pada bulan November apabila jiran tetangga menelefon polis untuk mengadu tentang lalat yang berterbangan di dapur rumah Gammond yang terletak di Bristol.
Pegawai-pegawai polis disambut oleh bau bangkai busuk dan pintu dapur itu ditutup dengan tali. Mereka kemudiannya memanggil RSCPA dan bangkai Roxy dipindahkan.
Seorang veterinar berkata binatang peliharaan selalunya mengambil masa enam hari untuk mati dalam keadaan perlahan dan menderita, menjadi buta dan jatuh koma sebelum mati.
Gammond, yang bekerja untuk firma guaman Bristol iaitu Lyons Davidson yang mengkhususkan tentang kes kecuaian perubatan, sebelum ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan kekejaman. Semalam, dia menangis teresak apabila dipenjarakan selama 18 minggu dan dilarang dari memelihara binatang untuk seumur hidup.
Pendakwaraya RSCPA Lindi Meyer memberitahu mahkamah tentang keadaan bangkai Roxy sewaktu dijumpai:-
Para pegawai merasa mual. Keadaan Roxy sangat menyedihkan. Di dapur dia diberikan satu katil plastik kecil yang dialas dengan kertas yang sudah kotor. Dia mungkin telah mati di atas lantai kayu yang keras dan sejuk.
Beberapa barangan didapati berselerak ditarik keluar dari almari. Kami mempercayai ini dilakukan oleh Roxy sewaktu ia dalam keadaan terdesak untuk mencari makanan dan minuman.
Roxy mati dalam keadaan perlahan dan kesakitan, dan ini sepatutnya boleh dielakkan.
Farah Rashid, peguam Gammond berkata Gammond ‘membenci dirinya sendiri’ atas penderitaan yang disebabkan olehnya dan menambah: ‘tidak ada alasan untuk melakukan semua ini. Keputusan mahkamah telah meletakkan titik noktah kepada kerjaya Gammond, dan dia sudah bekerja selama 10 tahun.
Satu petisyen dalam talian telah mengumpul 100,000 tandatangan untuk ‘keadilan buat Roxy, anjing Boxer’, dan penunjuk perasaan kini berkempen untuk hukuman yang lebih keras buat kekejaman terhadap haiwan di luar mahkamah.
Dalam memberitahu keputusannya, majistret Rod Mayall berkata:
Kamu menunjukkan kekesalan yang terbatas. Kamu gagal bertindak seperti mana sepatutnya dilakukan oleh seorang manusia normal. Ini ialah kes kekejaman terhadap haiwan yang paling serius pernah dibicarakan di mahkamah ini.