Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

(6 GAMBAR)Upacara Bersiram Mawar Rashid Dan Raf Yaakob

Untuk makluman, pelakon Mawar Rashid akan bernikah dengan Raf Yaakob, adik kepada Datuk Fazley Yaakob, petang ini. Bersempena hari penyatuan mereka, pasangan ini telah melakukan upacara bersiram dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota.

Advertisement

Untuk makluman anda jua, majlis pernikahan itu akan dilangsungkan secara tertutup, dengan hanya menjemput saudara mara dan rakan terdekat.


Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob telah melangsungkan pertunangan dengan Mawar Rashid pada 7 Julai lalu dalam sebuah majlis tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Terdahulu, Raf, 32, telah menghantar rombongan merisik bersama keluarganya pada 7 Mei tahun ini. Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Advertisement

Buat Mawar dan Raf, kita doakan agar semuanya berjalan lancar untuk pernikahan mereka petang ini. Tahniah! – beautifulnara.com

Kredit gambar: @project2pi

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top