Seekor kucing bernama Matilda bakal menjadi sensasi Internet kerana matanya yang berkaca dan besar seperti makhluk asing. Penampilannya yang misterius itu membolehkan ia mendapat seramai 33,000 pengikut di Instagram dan bilangannya pasti bertambah kerana gambar Matilda telah menjadi viral.
Bagaimanapun, cerita yang sebenar tidak seronok untuk didengar kerana Matilda sebenarnya mempunyai mata seperti itu kerana penyakit kucing yang jarang ditemui. Matilda kini berusia dua tahun dan keadaanya makin buruk dengan pertambahan umur. Menurut pemilik Matilda, ketika bayi kucing itu normal saja, tetapi matanya semakin membesar seiring peredaran masa.
Menurut doktor, penyakit genetik yang dihidapi Matilda menyebabkan kanta matanya tertanggal dan matanya juga telah menjadi buta. Keadaannya kini sihat saja namun pemiliknya telah membuat satu akaun bagi mengumpul dana sekiranya Matilda memerlukan kos perubatan di masa hadapan.
Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Mari bersama kami untuk Malam Kesenian Islam bersempena Iftar@KL 2015 di Jalan Raja, Kuala Lumpur (hadapan Dataran…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 17 June 2015