(6 GAMBAR)Sebuah Mesin Ramen Segera Layan Diri Di Jepun

Trending

(6 GAMBAR)Sebuah Mesin Ramen Segera Layan Diri Di Jepun

Di Jepun, mereka yang melawat Kilang dan Muzium Ramen Segera Lama berpeluang untuk membeli ramen dalam cawan melalui satu mesin layan diri.

Mula-mula, anda perlu membayar 300¥ (RM 9.50) untuk mendapatkan cawan kosong ini.
 photo ramen01.jpg
Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Advertisement

Cawan kemudiannya dihias dengan lukisan pena berwarna-warni istimewa. Pembeli diberitahu untuk menulis tarikh luput dalam masa sebulan selepas pembelian dibuat. Pembeli perlu memusingkan pemegang untuk mengoperasikan mesin bagi mengisi cawan dengan ramen kering.
 photo ramen02.jpg
Pilihan perisa serbuk sup dan bahan-bahan kering.
 photo ramen03.jpg
Pembeli boleh memilih empat bahan kering yang juga terdapat pilihan daging, sayur atau makanan yang telah diproses.
 photo ramen04.jpg
Kemudian pembeli mengoperasikan sendiri mesin, di mana cawan ditutup dengan plastik dan dimasukkan dalam beg plastik berudara.
 photo ramen05.jpg
Pembeli cuma perlu campurkan air panas untuk menikmati ramen segera ini di rumah atau di mana sahaja, asalkan dalam masa sebulan selepas pembelian dibuat.
 photo ramen06.jpg
Laporan asal: Reddit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...